Sunday, January 31, 2010

Musim preggy!

Hoolaa........


Skrg ni musim org preggy kah apa ni??? Ada komplot kah apa?? Bukak blog sana preggy, blog cni preggy, yg kawen slps aku pun suda preggy. Even bukak FB pun sama, cousin Addy yg kawen christmas dulu pun suda meloya loya morning sickness status nya. Grrrrr...... Lepas tu semua org sibuk tny aku pulak. Apa tah kena mengena aku dgn semua ni! huh!!! Sebenarnya.........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
hahaha.. suspen2.
*
*
*
*
*
*
mcm best pulak!

Ok stop2... jgn marah ok. Dan Sebenarnya Yuna.... AKU BLUM PREGGY! Skrg ni pun aku period. Dan jgn salah paham, AKU XGEMBIRA PUN AKU PERIOD NI sbb i really hope i will miss my period sejak berbulan bulan lalu. It breaks my heart everytime to tell Addy yg dia kena berUSAHA lagi. Berusaha lebih keras, deras membanting tulang ke arah itu. Jgn igt kami xberusaha ok. Usaha bersunggh sungguh ni. Kadang2 sampai stress aku mo memenuhi permintaan kamu ni. Relax la... aku baru kawen 5bulan. Byk lagik pasal c Addy aku baru mo blajar.

Dan sebenarnya jugak, dulu aku pernah period lambat 2minggu. Yeah... aku test n dua palang itu suda naik. Its positive!! Too happy sampai lupa amik gmbr. Konon2 xmo bgtau Addy hari tu jgk sbb mo suprisekan dia. Mcm mn?? Mana bole bgtau. Nanti aku nak guna balik taktik tu next time. Nanti dia baca d cni xsuprise la uol!! Tp i was too exited, malam tu tu jgk aku bgtau. Mmg xguna btul mulut aku ni. Addy pun head over heels malam tu sampai tidur pun senyum2. C Addy senyum la... aku, ko xtau lagik. Aku xbole tidur sbb senyum jak sepanjang mlm.

Bila aku buat mini open house during raya haji tu, i received lots of congratualtion wish dari kawan2 c Addy. Semangat btul c Addy tu kan. Habis d canang dgn kawan2 nya. Sweeet.... But few days lepas tu aku bleeding. But only for 2days. I still hope everything is gonna b okay. So aku buat test lagik. Yeah peeeps... it was negative. Aku buat 2kali and both pun negative. Aku dah tensi, i just left the tester d singki biar c Addy tgk sendiri.

Tp sekarang ni aku kalau period misti 2hari jak. Aku pun xtau knp. OK la... itu jak. Skrg aku mo kemas rumah. Anak bapak aku mo dtg besok. Eh! tp kalau ada petua2 sila bgtau ya!





x.o.x.o


Friday, January 29, 2010

BATA WAREHOUSE SALE! BERBALOI BALOI.........


Rakyat jelata sekalian!!! Ada BATA Warehouse sale skrg!!

LOCATION: PJ TRADE CENTER Align Center
TIME: 10am to 10pm
only from 28-30th January 2010!!

MARIE CLAIRE, NIKE, CLARKS, ADIDAS, REEBOK, PUMA, bla bla bla... aku x igt!


Cepat2!!! Sbb smlm diorg ckp stock limited. No top up!!

My review:

Berbaloi baloi... u can get MARIE CLAIRE SHOE / BAG from as low as RM30. Kasut sukan Adidas, NIKE & reebok from RM50. RM50 bukan yg buruk tahap kasi free pun xmau tau. Cantek, baru n stylish.... Tp ada yg xda saiz la. Biasa la tu warehouse sale kan. Clarks price started at RM130.

Best!! Sbb xda org. Or mayb sbb smlm 1st day kot so xramai yg tau sale ni. So xda la aku bersesak sesak smlm. Kaunter pun kosong jak... Xpayah Q mcm ular.

Bawak CASH! bcoz smlm diorg xterima CC.

Smlm org mmg memborong mcm tiada esok bagi mu jak dlm tu. Kecuali aku la sbb rumah ku melambai lambai kasi igt ada lagik esok dan byk2 tahun mendtg utk byr hutang. huhu... Staff yg menjual tu pun berkotak kotak bkasut diorg beli.

Location??? Tu ha... MENARA MUSTAPHA KAMAL kalau ko tgk dr arah IKEA, kalau drpada LDP, ko tgk tulisan besar bapak gajah tulis BATA... itu la dia. Parking pun byk. Jgn risau. Area tu pun cantek jgk.

Semalam aku masuk sampai 3kali. Sampai pak guard tu pun kenal. Waktu diorg sudah tutup pintu pun aku rempuh jgk sbb SantaAddy dtg bwk cash. yeahhhh! Guard tu pun terpaksa redha jak. Tp x sia2 ko sbb both of us rembat kasut sukan.

Ari ni aku pegi lagik. Addy pesan kalau ada tgk kasut tennis belikan dia. Heh!!! Wehoooo... GREENLIGHT for the 1st time utk shopping.




p/s: i try to google tp xjumpa pun iklan sale ni.
p/ss: hasil belian aku? nnt... sembunyi dlm bonet dulu. nnt bila suda reda... baru aku tepek.. pssst.... jgn bgtau c Addy!



x.o.x.o



Thursday, January 28, 2010

Pekung yg selama ini ditutup rapi

Hollla............


Aku xtau mau update apa sudah ni. Sbb tu la lama blog ni terbiar sepiiiii...... Penat la ko meRefresh auntie erra ku sayang. Hahaha.... Byk jugak aku taip tp bila mo publish, aku trasa post tu semua sungguh mcm *&^%%$#! Arghhhh.....

OK.. baik la.. Post ni aku akan publish jugak walaupun apa terjadi selagi line internet masih ada. Oleh sbb aku xda benda mo cerita, mari aku membuka pekung d dada yg tersimpan lama. Jgn risau aku xbukak pekung d dada orang lain, xmengumpat org lain kecuali mengumpat diri aku sendiri. Urghh!

Semua org dgr cni!!!

Aku sekarang adalah GEMOK!


Selamat tinggal maxi2 ku yang d cintai. Suda xmuat uol! Serius merius ni!! Sebab tu sekarang ni jaraaaaaaaang2 ko tgk aku pakai maxi. Ada yg tersekat d dada. Ada yg bole pakai tp lepas tu badan mcm apa lah.

Konzen's 2009 Annual Dinner.


Ada la jugak aku pakai maxi baru2 ni. Kantoi la pulak kalau cakp xpakai sbb baru jak upload d facebook last week. Tp ini jak la yg muat. Kain jenis cotton so xla nampak sgt body aku yg smakin cantek tu.



Muka ku suda bulat!


Seiring dgn perKEMBANGan semasa, muka ku pun terus mengembang jugak. Walaupun dulu muka ku ni xlah berbentuk bujur sirih sgt pun tp bole la.... kampung2. Hari tu, Addy duduk d kerusi n aku berdiri la konon2nya sambil bersembang manja suami isteri, tiba2......

Eh! Baby xpayah tunduk pun bole nampak double chin.

Urghh.... sentap! Lelaki yg aku harap sentiasa memuja dan memuji kejelitaan aku walaupun sampai umurku 100thn memilih utk berkata benar. Syabasssss bette!


swaktu muka blum bulat lagi. Tp dahi tetap jendul sbb org jendul itu pintar!


Swaktu masih feeling2 muka adalah slim.


Sekarang aku xpayah la buat2 pipi kembung mcm ikan buntal tu, mmg suda buntal!


Hikmahnya, aku suda xbole pakai baju xda lengan lagik. Sbb lengan menggeleber sana cni situ sinun. Lebihan daging d bawah ketiak tu kalau bole masak kicap mmg suda ku hidangkan utk c Addy.

Sewaktu segalanya perfecto! Perut xmuncit! muka xbooolat!


Ni misti ko mau mengumpat aku la ni kan ckp aku c kurus yg mengada ngada kan!! Ckp aku saja jak membesar besar kan cerita yg mcm small matter ni kan!! Hakikatnya aku mmg besar skrg ni!!!

Bukti nya:

1) Baju suda bole berkata-kata.

Tiap2 pagi aku akan berdiri depan almari dan mencoba byk baju tp akhirnya pasrah dengan ketentuan tuhan yg aku suda xbole pakai baju yg ada shape badan tu. Sebab lemak2 riang ria melompat lompat d pinggang. Sekarang baju semua pesen makcik2.

Jacket aku skrg xbole butang beb. Bukan xbole butang jak, depan dia tu x bole drapatkan!! Huarghhh! Seluar jeans yg dulu aku ari2 pakai p Intel skrg ni masuk tahap paha jak. Ada yg bole sarung tp xbole zip. Ari tu aku tensen kuar xzip suar jeans. Voley???

Skarang ni aku p kerja pakai baju yg sama jak everyweek n suar pun ada 3helai jak muat. Itu pun xtau sampai bila bole sarung. Urghh! Padan muka aku sbb selama ni pakai baju saiz kanak2!



2) Komen org

Ari tu aku balik tawau, kebetulan ada kenduri kawen. Nah! satu kampung cakap aku gemok!

Raja (tech) turun daripada Penang, puji aku cantek!! Hebat!! Lepas tu..........

Dewi, Raja cakap hang dah gemok skrg! Hang x p exercise kah??

Grrrr...........




Its time to reveal the truth. yeah!! Dewi akan stop merepek!!


jeng jeng jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tara!!!!!!!!!!!!!!


Eh! gmbr ni mcm masih kurus. Mengada-ngada la dewi ni tau. Jgn kawan dia. Dia tipu kita!! Dasar bimbo!!!
(bukan sis bimbo yg sedang berbahagia dgn perut boroi nya itu. hi sis BIM!!)

Gmbr di atas adalah ilusi... should i say ilusi baju? hahaha.. baju tu makes me look slimmer. X sia2 aku beli ko mahal2. Epppp! ini cerita baju kah cerita gemok ni? Cepat la! Xsabar aku mo tgk c dewi yg gemok tu. cepat!!! cepat!! Sabarla.... gmbr di atas tu di ambil SEHARI sebelum gmbr yg bakal membuatkan anda memandang serong kepada aku selepas ini.


NAH!!!
AMBIK LAH!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





INI SEMUA GILA!!!




c G.E.M.O.K,

Friday, January 22, 2010

Bersiaran dr TM office.

Haloooo........

Skarang aku TM office. Mo mengamok hari ni. Install dari bulan brp tah tp baru dpt modem last week. Bila bil dtg, mak kau sampai RM300++. Ko jaga ko budak akan serve aku nnt! Ko tau la nasib ko. Aku suda tgu d cni for 1hour n blum kena layan2 lagik. Tadi aku dtg no 4029 padahal nombor aku 4033 jak pun.

Gila la!!

Nasib baik ada internet free d ni. Bole check2 blog org. Mau log in FB tp malu la pulak.

Ya ampun! apa pulak ada budak pakai baju tadika mcm chibi maruko ni berdiri diri d tepi aku ni. Kalau bdiri jak x pa. Mungkin dia kagum dgn kejelitaan aku yg bmuka ketat ni. Tp budak ni siap sepak2 kerusi aku pulak.

Jgn harap aku mau bagi ko main internet ni slagi nombor aku blum kena panggil!



Eiii... xsabar nya aku mo mengamok!! Tua suda aku menunggu ni.



p/s: i wont b going to attend the company annual dinner. sob sob.... sbb nya diorg suruh aku mengCARPOOL dgn colleague aku dari KL ni. Tp colleague aku mau singgah kampung dia ipoh. Abis tu aku???? Xpa la... Xdpt la aku bergaya tahun ni. Xdpt la org opis aku tgk kegendutan aku skrg. Aku menunggu pengumuman BONUS jak.



Ok la... aku mo mengisi masa lapang dgn mengisi form yg markah2 pasal service tu dulu. AKu bg terbaeeeek punya.





The Lost World of Tambun

Hoolaaaaaaaaaaa...........


Sambil layan 'wonder girl - nobody nobody but u... *clap clap* nobody nobody but u *clap clap* mari la aku membuat entry d sini. trasa mo buat entry sambil menyanyi la pulak.

Lost World of Tambun!

Lost world d buka everyday sampai 5pm. Except on Friday and Saturday bukak sampai 9pm sbb ada hot spring.

The entrence!

Ini time cuti sekolah maka ramai btul org d situ. Dalam ramai2 org yang mcm menghantar jemaah haji tu, ada pulak terselit couple org putih d situ. Hahaha... sesat kah apa.

Entrence fee:

Adult -RM30
Kids - RM20

Kira murah la kan sesuai dgn apa yg ada dlm tu. Kalau theme park d gold coast tu AUD67/park tau. Kalau aku buat modal beli baju maharanilicous pun lumayan suda tu. Chewah.... Padahal aku jugak yg buruk lantak ambil gmbr d sana dulu. Tapi kami lucky ada org bg kertas diskaun. RM19 only for adult and 1 kertas ni bole beli 6tiket lagi tau.


i love discount!!

Diorg ada sedia loker utk ko letak segala tok nenek barang yg ko bawak while ko bergumbira berenang renang ke tepian, berpelampung pelampung ke hulu hilir. tp loker tu kecik jak la. Ada dua type of locker, multiple times locker atau one time locker. Harga sama jak RM10. So better amik multiple times kan. Bole bukak tutup locker tu sampai ko puas hati sbb bayar rm1o tu..... Tp duit tu kena tukar ke token dulu ya.

Ni makcik demo cara guna ya! lebih2 ko p sana sendiri..


Fish pond.

D sini ada tasik yg ada byk ikan rakus. Ko bole la feed ikan tu. Makanan ikan ada jual for only RM1. Suka mak!! maklum la dulu d ostolia xmampu mak mau mengeFEED ikan2 d sana. Eh! dia ni x abis2 ostolia. Mcm dia jak pernah p sana.. Kira hebat sgt la tu!

T__T
Apa bole buat... itu lah tmpt paling JAUH mak pernah pegi. sexited lebih ckit.

Addy suruh feed ikan tu dgn tgn. Gila ko... kalau ikan tu mcm kucing xpa jgk. Ni mcm piranha. Xpasal pasal tgn ilang. Kebulur btul ikan ni.


Ikan rakus!!!




Petting Zoo

Tempat ni serius best! Lagi2 utk budak2. Golongan veteren mcm aku pun bole hilang ingatan d sana. Feeling2 cute uol! D sini ko bole la sentuh2, pegang2, gentel2, gomol2, ramas2 sepuas hati binantang2 ada. Lepas ni abis la ko sbb anak2 ko merengek mintak beli pet. Padan muka ko gatal sgt p cni. Hahaha...

C Addy kesukaan main longkang fishing. Terbongkok bongkok d tepi longkang. Aku main dlm 2minit jak sbb ikan2 tu walaupun zahirnya byk tp bila ko try scoop... haram xdpt. Aku time tu mau bom jak. Puas hati aku. Blagak sgt ikan tu xmo bg aku merasai kegembiraan seorg nelayan longkang. Mcm la aku ada hati pun mo mkn diorg. Anyway, its fun tp bikin geram!



Ada byk lagik la binatang yg ko bole gomol d cni. Mcm gmbr d bawah. Ular tu pun relax jak lepak atas simen. Aku pulak yg tkejut tgk kelepakan dia. Geli aku mo pegang.



Amusement park

Ada 4 jak rides pun d cni. Itu pun 2 under maintenance. mcm la xda time lain mo buat maintenance kan?!!. Buat la time malam kah... Spoil betul. Xpasal2 aku xmain satu pun benda alah ni sbb kemalasan mengeQ. Ambil gmbr jak utk tontonan kamu jak. Cheh! gatal feeling2 artis.


The nature.

D cni ada gua2. Ada yg sebelah amusement park, ada yg kena menhiking dulu baru jumpa. Tp kalau hiking d cni ada extra charge RM30 ya. Jgn main redah jak. Nanti ko hilang xda org p carik ko. Ada jugak air terjun lite2 tp xbole mandi. Kura2 jak bole mandi, berenang, menyelam d situ. Ko stakat bole amik gmbr jak. Jgn lebih2.

Gua yg dekat dgn amusement park tu nama nya gua kempura. Dlm tu ada kerusi, stage n konon2 misteri nusantara la. Ada batu2 bentuk gajah la, hati la, bla bla bla ... sooooooo lame!



The patung2...

Aku pun xtau mo cerita apa ni. Aku tgk patung2 ni trasa main game ZUMA!


Jika soalan anda, adakah berbaloi drive jauh2 utk main air d sana??

Xjugak! kalau rumah kau dekat Sunway lagoon tu baik ko p sunway lagoon jak. Lagipun d cni rides ckit. Game air pun ada 2 jak. Itu pun kena berbaris mcm amik gaji d atm time gaji. Ya ampun!! lama lagik gaji!! duit ku dhujung nyawa suda sampai baris d atm pun xmampu.


T__T

Tp kalau ko terpegi ipoh bole la p sana. Lagipun jauh lagi murah drpd Sunway lagoon. and the petting zoo adalah terbaeek!




x.o.x.o

Tuesday, January 19, 2010

Ruangan serba tahu.




Ke hapadan puan serbatahu,

Saya adalah wanita yg baru sahaja melangkah ke alam rumah tangga. Xda la baru sgt pun puan, adalah dlm 5bulan mcm tu. Sebelum ni saya belum pernah berumah tangga cuma menumpang d tangga rumah org jer sbb mau mengumpat. Tp itu dulu la, sekarang ni duduk aparment mana ada org melepak d tangga lagik. Takut terserempak dgn org beromen katanya. Eh! tp itu bukan masalah saya sekarang. masalah saya bole dbaca d perenggan seterusnya.

Macam ni puan, sebelum kawen saya ni xpernah ambil kisah hal2 masak memasak ni. Mak saya pun xpernah suruh saya masak. Tp jgn salahkan mak saya ya, dia cuma sayang sgt dgn anak perempuan nya yg satu ini. Kejap ya puan, air mata saya terjatuh pulak. Malu nya! sbb skrg ni d kopitiam.

Ok.. saya sudah ok. Soalan saya adalah berbunyi (sila baca dgn kuat utk efek bunyi):

Berapa lama kah makanan yang sudah d masak bole dsimpan di dalam peti ais sebelum is bertukar menjadi basi?? Contoh mknn nya adalah seperti berikut:

1) Nasi yang sudah masak. Konon2 mau buat nasik goreng utk breakfast tp kadang2 bgn lambat so tiada la makan. Bole kah kalau sy simpan utk sehari lagik?? Atau tambah lagik sehari?? mana la tau bgn lambat secara berturut turut. Baru kawen la katakan.

2) Cili giling. Saya tau diorg ada cop expiry date d situ. Tapi kalau sehari saya cuma cedok sikit2 jak utk masak, so yg belen2 tu berapa lama bole tahan?

3) Mcm mn dgn ayam fresh dari pasar? Ketam? Udang? Bole kah dsimpan sampai sebulan?



hmmm..... rasanya itu sahaja kot yg saya mushkil skrg ni. kalau ada lagik nnt saya layang kan warkah kepada puan lagi yer. Thanks sbb membaca surat ni.




Virgin housewife (saya xvirgin dah, tp dalam hal masak2 ni la yg masih virgin),

Monday, January 18, 2010

Another commitment



Holla............


Hmmmm.... how to say, not so sure of what we (aku n addy la) just did. Its kinda so fast. I never actually study about IT. I went there, listen what the man said and belek2 for like 15minutes and then....

YES!

or sebenarnya,

Its up to u baby (baby tu c addy la kononnya. hehehe)

Give them our IC to be copied, filled the form, sign sana, sign sini and

WALLA!!!

we are now engage into another commitment.

Aduh!!!

Kitorg sbenarnya xpasti kalau mampu. But i'm so happy that my dearest Addy is not scared of commitment at his young age. Tp ya la, as i said eh taip tadi la, takut nya!!! Bole kah ni??



Apa yg aku merepek ni?!




Nah! clue d bwh ni.


Now we have to really watch our spending yg skrg ni pun........... eh! when was the last time aku buat entry shopping? urghhh!!!


x.o.x.o

Tuesday, January 12, 2010

Azam tahun 2010 yg ke-xx

Haluuuu..........


Cerita jalan2 semalam kita tangguh dulu ya. Sbb gambr blum upload lagik. Ko tau la kalau mo upload gmbr ni leceh ckit. Kena kecikkan size la... bla bla bla... Ok. Sila teruskan baca paragraph d bawah ini.

Bulan march ni family c Addy mo buat gathering d KL katanya. So tugas aku la skodeng tiket for my mentua. Skodeng jak la. Bayar2 tu tugas c Addy. Sambil tgk tiket utk diorg, aku pun carik la lobang utk aku sendiri p bercuti. Destinasi yg sgt sgt dmengidam skrg ni adalah Bangkok. Serius weiiii... i want to go to Bangkok more than Paris or any other place skrg ni. Ya ampun... Kesian kan cita2 ku ni. watever...

So konon2 skodeng august before bulan puasa la. Perghhh!! Best beb!! Harga tiket mmg marvelous la!!! I love u MAS!!!


Ko tgk tu!!! RM37 per person ok!!!
Kalo mata ko berpinar pinar mo tgk tu, ko tekan la gmbr tu kasi besar.
biar jelas n jeles ko tgk!


Nah!! Lagik!!!

Utk tiket balik pun sama beb!!!!Align Center


Lebih murah daripada tiket pegi KK!! Nah!! Ko pun kelam kabut la ni mo p bangkok kan. Echecheche...... Kemain lagik ko ah! Relax beb...

Lepas kira2 campur, darab semua...... ko rasa dlm harga berapa beb??? Aku agak total below than RM500. Infact hehehe.... Aku rasa dlm Rm400 jak la mahal2 pun. Ya la... 1person return ticket baru Rm78. Darab 2, RM156 only mah!! Busuk2 tax pun... Aiya... Dlm RM400 la! Seronotttt!!!



Sekarang sila tgk ini!!!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
(gigih jugak mo kasi bintang2 kan)

Align Center
Nah kau!!! RM998!!!

Ini including insurance RM88 for 2person la. Sejak bila pulak MAS ini bagi option utk insurance?? Mcm Air Asia la pulak. Tp gila ah. Daripada kiraan aku yg guna jari pun bole tu kepada kiraan tak terjangkau akal ku.


Ini nah pecahan tax yg diorg bagi. Pecah impian ku!!!!



Ya! RM37 is seriously xlogik la kalau all-in price tp tax diorg tu bah! Aduh2!! Xpa la.. mak shopping d Summit jak la. Sana pun rasa mcm mini Thai jak. Byk btul baazar baju thai d sana. Siapa mau ikut??? Xpayah passport.



x.o.x.o,

Monday, January 11, 2010

Hari ini aku cuti!!!

Haluuu.........


Hari ni aku cuti!!! wehooo... my plan is to take a ride on hop-on-hop-off!!
jom!!!!! hopefully cuaca akan memberi kerjasama sepenuhnya.




p/s: i got like 10 new post yg xpandai post2!! thanks to the *&^%$#!!!! streamyx (yg lebih layak d bakar!!)



Friday, January 8, 2010

Isu pengunaan nama "Allah" - my humble opinion



Assalamualaikum dan selamat petang semua......


ewah!! OK... i might not b or definitely not a good person to comment on this issue. Tapi ini adalah personal komen aku ok. Suka ati ko la mau setuju atau tidak dgn aku.

Actually penggunaan nama Allah suda biasa di Sabah. Bukan dalam magazine christian jak but also in their AL-KITAB a.k.a bible yg diterjemah dlm bahasa melayu or more to Indonesian language. Mana aku tau??? Aku tau la! Ok. My ex-roommate in UMS was a christian. So dats how i know. Stephanie la nama dia. Dia ni religious jugak la. Never miss her sunday prayer. And berdoa everynite b4 sleep. Mcm kita yg muslim ni la.

As a Sabahan, looooong b4 before the PM punya idea for 1Malaysia, kami already had 1Sabah. Sekarang ada shopping complex 1Borneo pulak...wehooo. Ok serius. This is not an issue pun d Sabah or Sarawak jugak kot. Sabahan xda masalah pun sharing room with sapa2 saja regardless of agama and bangsa. Because we do respect for each other belief and faith. For example, no pork allowed and...... kalau bole jgn bakar colok dlm bilik boleh? Haha..

OK back on the topic sebelum mengarut sampai Kinarut (ini lawak ok. Kinarut is a small town in Sabah). I dont see any problem diorg guna nama yg sama. Eh! aku salah kah ni?? Suka ati aku la. Ini kan pendapat aku. We believe in same God. Our differences are only the beliefs and practices. If they believe in Allah (as they call for the tuhan bapa not Jesus ok), what is ur problem?? Biar la. N normally yg aku tgk suka provoke pasal agama yg mempersoalkan agama n kepercayaan org ni are mostly started by us, muslim. Ya... agama kita saja yg benar tp tak payah la bertekak tekak segala. Ko jaga ibadat ko cukup la. Yang sampai mau bakar rumah ibadat org ni pasal apa pulak?? Urghhh.... So called 1Malaysia.

Menyampah btul aku tgk org join kelab menyokong n membantah d facebook tu. Wake up!!! Dunia luar sedang ketawa melihat kita!!!

I rest my case..... hehehe...


Oh! ya.... my dearest roommate stephanie is now known as NurShafinie dan dia xpernah cuba bg aku minum holly water pun. In fact kadang2 time solat dia yg igtkan aku.


pencinta keamanan.

Jalan pulang ke rumah.

Yuhuuuuu...........

Balik kerja adalah time yg aku paling benci. Memang la aku happy bole balik jumpa laki berjoget joget semua. Tp aku benci menyangkut d traffic jam. Sgt STRESS!!! Waktu opis aku abis 6pm. Busuk2 pun aku sampai rumah jam 7.50pm. Ko xtensen kah?? Kah ko sudah biasa?? Kalau ko suda biasa itu hal ko la tp aku xbole tahan!! Lepas sampai rumah mmg xda mood for anything apatah lagik utk keluar semula.

Since pertengahan bulan lalu, aku try to find alternative road. By the way, rumah aku d DAMANSARA PERDANA n opis aku d SHAH ALAM. Normally aku guna jalan FEDERAL HIGHWAY - LDP. Tp ini sgt menyetress sbb jam yg ganas terutama skali dari Kelana Jaya - Bandar Utama.

So aku try FEDERAL HIGHWAY - SUBANG - KOTA DAMANSARA. Ini pun sama jugak. Jam gila babas dari subang airport mau masuk jalan SG BULOH n worst d Kota Damansara setrusnya mengila d area The Curve. Grrrr...........

My colleague suggest aku try PERSIARAN APA TAH - GUTHRIE - KOTA DAMANSARA. This is worse!! Mula2 mmg la smooth. Bila mo dekat flyover atas federal highway tu, start la jalan mcm siput babi keberatan cengkerang. Before sampai GUTHRIE tu akan lalu few traffic lights yg sungguh *&^%!! Masuk GUTHRIE mmg lega tp skejap jak. Sbb lepas tu this jalan actually connected to SUBANG yg memyakitkan kepala sampai bole berenti skjap p beli kacang. Then masuk KOTA DAMANSARA mcm d perenggan sblm ni la. Grrrr...........

Ada lagik org bg suggestion lain tp aku xtau map yg dia lukis ni start drpd mana. Mcm xpcaya jak aku dgn plan dia ni. Siap lalu KESAS lalu area the SUMMIT yg mmg jam mcm #$@* lepas tu keluar balik ikut SUBANG. Grrr........

Skrg aku guna FEDERAL HIGHWAY - LDP - masuk simpang PRIMA DAMANSARA - end up dpn KOTA DAMANSARA jugak. TP so far itu la the fastest jalan. Cepat2 pun 1jam 15 min jugak!! Area LDP mmg jam gila babas tp bila masuk PRIMA tu smooth skit. Xda jam pun actually. Tp keluar Kota Damansara tu jam lagik la... wargh!!!

D sini saya ingin merayu kepada sesiapa yg mempunyai laluan alternative lain yg memboleh kan aku balik ke rumah dgn riang ria nya. I dont mind paying more toll atau amik route yg jauh. Aku just xmau stuck dlm jam. Sbb aku rasa xlama lagik aku kena jumpa psikiatri atau pakar hipnosis atau pakar akupuntur mahupun bomoh utk menghilangkan stress ku ni.

Thanks eh!!


pemandu bengang (hahaha)

Thursday, January 7, 2010

Wednesday is our movie day.

Hollla.........


wohohohoh... semua gmbar hasil google.


Hohooooo happy new year peeps...... Lambat kan aku wish. Mak xperasan new year nak. Tiba2 jak bunga api d mana2. Jalan pulak jd jammed dengan hebat nya sampai aku tersekat dekat OU. Aku tgk muka c Addy,

Eh! suda new year kah? oh! happy new year.

Antara plan aku tahun ni, PLAN ok bukan encik azam, ialah mau jdkan wednesday as our movie day. Eleh...... mentang2 harga murah. Ya! sila ambil peluang. Or if u wanna call me a cheapskate pun bole jugak. Aku mengaku!!!

So last week aku p tgk AVATAR. B4 aku proceed, ni aku mau merepek skejap. Lately aku perasan advertisement d cinema tu sgt la pjg!!! If the movie time (printed on ur ticket) is 12.15am, bersyukurla kalau movie tu start by 12.30am. Sbb selalunya start lagik lambat dari itu. Ok! back to the movie.



The Avatar.

I know the story pasal bla bla bla blaaaa (bagi mengelakkan spoiler dan menyebabkan anda hilang mood mo p tgk). But if u ask me jalan cerita............. hmmmmmmmm......

apasal lama sgt movie ni??
kataku sambil menggosok mata.

OK.... Aku punya la exited bila tgk the up coming movies punya advert. Tp bila movie start mata aku suda kelat2. Ya! it didnt take a long time b4 aku selamat buat movie aku sendiri dlm mimpi. ZzzZZzzZZZ..............By the way, laki aku ckp THIS MOVIE ADALAH BEST! so pegi la menonton.



Last night we watched:


SHERLOCK HOLMES.

Take the midnight movie la of course. Lepas balik rumah, mandi2, makan segala. Dapat pulak couple seat. Mak sexited!!! Duduk d bwah aircond, dlingkari tgn yg menjalar mesra... oh! indah nya dunia ini. Tangan lalu mencapai selimut, terasa kehangatan tubuh ku dan tubuhnya... Oh ya! Kalau ko tgk perempuan bwk selimut (ya SELIMUT) pink ke cinema, sila la tegur sbb itu mungkin aku. Kalau salah org, pandai2 la ko buat alasan sendiri. Tp jgn bg comment d cni,

Eh! i think i saw u la. Yg bawak selimut pink. Sanggul rambut mcm perempuan dlm pantang bla bla bla bla... nak tegur tp segan.

Itu bole blah. Tegur la beb. Nanti kita bole jd geng poco2.

Kenapa movie ni lama sgt???

Ah!! Kitak ya dari last week gik movie lama sgt la... padahal... ZzzZzzZzz
itu kata2 indah dari laki ku ketika menyambut aku dr tidur.


Ya. Sekali lagik aku tidur time tgk movie. seee.... ada hikmah kan aku p hari rabu. Hikmah la sgt.
Kesimpulannya, watching a midnight movie after a long day at work n nice warm bath adalah sungguh mengarut. So next week, Addy pls be home early so dat we can catch the 10pm movie.

Thanks.


x.ox.o

Friday, January 1, 2010

Mari la KAWEN!

Halu.....................

Hari ni aku suda dkahwini oleh Addy almost 5months. Hidup pun masih d musim bunga. Dalam hati ada bunga2 cinta, dlm almari ada baju berbunga bunga, dalam ice box ada bunga kobis, dalam baju ada apa?? sekuntum bunga cina la. Aku pun xpaham kenapa misti letak bunga dlm baju. Byk space mungkin dlm baju nya tu. Hmmm... Abaikan. So kalau terjumpa, terSMS, terYM mahupun tertalipon kawan2 lama or keluarga, semua la sibuk tanya

MACAM MANA LEPAS KAWEN??
BEST KAH KAWEN?

Aduiiii..... Untuk yg suda kawen aku cuma ckp

MACAM BIASA!

Utk yg belum kawen, aku cerita contoh keBESTan selepas kawen supaya kau pun teruja. Cerita dm kelambu, luar kelambu, atas sofa dsb nya aku xcerita ya. Itu kena mengalami sendiri baru la UMPPHHH! Suda2.. blog ni dlm kategori umum.

Ini contoh keBESTan itu. 1 jak aku cerita. Mau lebih2 sila kawen sendiri.

Bila rumah ko xda KICAP, ko pun pegi la TESCO and kedai2 seumpana dgn nya utk mendapat bekalan kicap. Bila sampai TESCO tu automatic jak ko teringat yg facial wash ko dah tinggal d hujung tanduk tahap kena gulung2 suda setiap kali mau mencuci muka. Malam ni pulak ada movie best d tv, alangkah bestnya kalau sambil tgk tv bole makan keropok disulami ice cream. Alamak! bekalan PAD cukup2 utk sebulan, apa kata cukupkan 12bulan supaya xperlu risau bekalan PAD. Period la byk mana pun. Eh! cute pulak selipar rumah tu. Jeling2 manja ckit. Dan begitu la seterusnya sampai bakul terpaksa bertukar kepada troli.

The best part is bila sampai kaunter, ko bole buat bodoh jak sambil sibuk masukkan isi troli dlm plastik. Best kan????!!! Lagik best bila sampai rumah,

Eh!! Lupa pulak beli kicap. Sayang, tolong p beli kicap d kedai bawah tu. tolong beli buah durian sekali eh kalau ada. teringin pulak. kalau xda buah rambutan pun bole la.


OK... sekian.



p/s: Jika suami anda mcm Addy (skrg) yg lebih suka p shopping barang rumah sendiri berpandukan list yg anda bekalkan dari rumah, JGN RISAU!! SMS kan ada. SMS jak mau apa. Best2!!! Ok... teruskan tgk channel E!




p/s utk Addy: i love u more than everything that u could get me from the store. muahahaha.