Tuesday, October 19, 2010

New Zealand Part 2 (Auckland to Hamilton)

Hola... berjumpa lagik!! Sambung cerita New Zealand ya.

Lepas dapat kaki, eh tipu! suka sangat tipu. Lepas dapat campervan, destinasi pertama adalah Dress Smart. Dress Smart ni kira brand outlet diorg la d NZ ni. Ini memang agenda yg d nanti2 kan since dari KL lagik. Macam2 dalam hotak aku ni. Hari pertama sudah shopping.


FYI (cheh2!!), kitorang tak sewa GPS tau. So pepandai la jalan sendiri ya. Kalau sesat, jgn kembali ke pangkal jalan sbb kedai campervan suda tutup. Xsusah pun sbenarnya, google saja la! ;p Berkat keterroran kami, lepas bertekak sampai hampir bermasam muka, kami pun sampai ke destinasi. Hoyeee!! Mari kita berpelukan suami isteri.


Dress Smart in Auckland!
pssst: ini gambar pun pakcik google yg bagi. ckp thanks to him.


But i was dissapointed la jugak. Bukan dgn c Addy tp dgn Dress Smart ni la. Xbyk brand yg dkenali pung. Ada Levi's, Nike, Adibas (aippp2.. Adibas tu Chowkitt) and yg lain local brand. Sudah la local brand, design xcantik pulak tu. Mula2 mau masuk Levi's tp since badan aku bloated skrg ni, nnt kena ambil saiz berapa la. So... xmasuk pun. T__T

Tp ada jgk la aku beli barang d cni. Satu jak pun. Itu pun sbb memang dari KL suda carik. Mau tau apa?? Kau tunggu saja entry lepas ni. Gerenti kau tgk. Suspen la konon.

Lepas shopping tingkap secara rawak, kami bergerak lagi ke next destination. Destinasi wajib once touch down. Supermarket la! Macam Australia, NZ pun ada woolworth jugak. Before ke NZ, aku adalah suda study harga2 barang d Woolworth ni. Diorg ada website yang siap ada harga skali. Ko ada Giant?? Ada?? Ada??

Tp sebenarnya aku xpi pun Woolworth. Tengok harga saja. ;p Buat belanjawan. Bijak2.... Aku pigi Pak'nSave. Sbb ini adalah supermarket termurah katanya. Tp i tell you, memang murah. Lepas convert to RM pun masih murah compare to Giant. Kesian Giant, selalu jadi mangsa.

Waktu kita sampai cni hari suda gelap tau. Walaupun jam baru pukul 5.30pm.

Ini gambar pun pakcik Google yg bagi.

Maka berborong la kami barang makanan yg kalau bawak dari Malaysia macam xlogik. Barang2 tersebut adalah seperti berikut beras, buah2an, sayur2an, minyak masak, telur, roti, juice and mineral water. Paling best borong buah kiwi la. Murah! Sekilo NZD1.90. Lantas aku berazam untuk makan kiwi (buah kiwi bukan burung kiwi) sampai muntah. Time ni sempatla pasangan suami isteri ini bermasam muka lagi. Sebab Addy berkeras carik roti tanpa gelatin. Amik keropok pun xbole sbb ada gelatin. Grrrr..... Finally jumpa jugak la roti tnpa gelatin tersebut tapi lebih mahal daripada roti biasa. Tapi keropok tanpa gelatin xda!

T__T

Total spending only NZD30++. Hebat bukan!!!!
Penat aku menahan nafsu amarah time ni.

Beransur la suami isteri tersebut mencari tempat perlindungan untuk malam ini. Jangan kau pikir mentang2 kau pakai campervan kau bole parking sesuka hati mu. Tidak hokey!! Sila parking d mana2 area yang dkhaskan. Bukan bermaksud seperti parking orang cacat yang bole djumpai d merata rata supermarket ya. Ada tempat khas, mostly called as holiday park.

Sesat2..... tanya2 orang. Akhirnya fuh!!! sampai jugak. Itu pun lambat. We reached around 8.30pm but the office close at 8pm. Ting tong ting tong.... rang the bell. Datang la tuan rumah yang sudah tidur. Nasib baik!

Masuk ni bayar ya! Our first night (awww...) adalah di Hamilton City Holiday Park yang terletak d Hamilton. Duh! Hamilton adalah sejam perjalanan dari Auckland (naik kereta. jalan kaki semalaman kot). .

About Hamilton City Holiday Park (untuk power site)
Fee: NZD16/person
Check out time: 10.30am
Facilities: Kichen, Laundry room (ada washing machine & dryer. NZD2 for each), toilets, and hot shower, power cord (untuk charge battery campervan ko)

Lebih lanjut p sini


Eh! did i tell you the campervan comes with stove, ice box and ada sinki n tank air berpump skali? So itu la kau kena charge battery malam2.


Hamilton City Holiday Park Kitchen

Malam tersebut adalah sangat penat. Tengok la tu. Baju pun baju hari isnin dari Malaysia lagik. Ni suda Selasa malam ni. Hebat2... hebat baunya. Macam pekerja contract saja. Kesimpulannya malam ni kita makan Megi PAMA ya!

Good morning!!!

Huarghhh...... Mak aiiii. Tidur malam tadi giggggil wa cakap lu. Eh! cakap kuar asap tau!! Ko ada? hahaha... Jakun.

Apa benda yang paling best untuk dlakukan musim2 sejuk ni??? Buat cinta?? tetttt.... mana bole buat cinta sejuk2. Bergerak pun macam robot. Gigi pun ketap rapat2. Berpelukan? hmmm... mungkin jgk. Tapi yang paling best adalah mandi!!! Hahaha... Nikmat wei mandi! Berasap asap air panas. Hamilton Holiday Park menjalankan polisi jimatkan air. (kedekut!!) So sekali ko mandi air stop after 6minutes. But kenikmatan mandi membuat aku menekan paip berkali kali.



Itu contoh parking ya. Dipisahkan dgn jiran sebelah melalui sepagar bushes.
So aktiviti malam tu
jgn bising sangat. Nanti jiran dengar. Malu!



Our campervan!


Dalam campervan belum dkemas.



Padahal mmg xkemas pun van tu. Xkoser aku lipat balik katil tu. Kang malam kena bukak balik. So kemas light2 jak. At least xla memalukan kalau stop d mana2 orang tengok campervan kita. Stakat tutup whole bed with comforter jak. Ada apa bwh comforter biar kita saja yg tau.;p


So lepas ni kita ke mana??? Tunggu....



x.o.x.o

Friday, October 1, 2010

Yeahhh! Ada gambar raya.


Ini entry raya.

Hoyeeeeeeeeeee!!!!!!

Finally ada orang mengetag aku d fesbuk!! Tp yg kena tag tu sekeping jak. Lain2 cilok sendiri....

Setiap kali raya, family belah mak mentua aku (mama c Addy) misti buat sessi BBQ d kampung. Seronot weeeeiiiiiiiiiiiiiii................... lari ckit dari konsep raya dan segala makanan raya yang sudah memualkan itu. Baju raya pun bole dketepikan waktu ini. Yang penting happpy!!! Bole gossip2an.

Jom tgk gambar la!! Cerita xda.



Dikelilingi peminat setia ku. ;p
Posisi duduk untuk kaber gendut d perut.


Kemudia sesi free style d ruang tamu tanpa memperdulikan tetamu2 yg ramai. Cakap lu tamu malam tu byk gila!!! Siap ada datang dari Sibu ke Kuching (lebih kurang 5hrs drive) utk menemui pujaan hati diorg. But kami tetap buat perangai xsenonoh depan tetamu.


Mak mentua aku jd centre of gravity


Ini candid: button baju MIL terbuka. hahahaha....


Masih blum habis ketawa.
p/s: sampai hati ko tutup muka aku Adib.


Mana c Addy? Dia xda sbb dia la cameraman. itu saja............. bye2.



x.o.x.o