Friday, April 20, 2012

Holla...........

After a year, tonight i feel like sharing my labour experience here. ;p This entry was put in the draft since 14/4/2011. 


31st March 2011. Khamis.

Semangat uol aku bgn jam 5am. Tau kenapa?? Hehehehe..... Sebab hari ni last free big breakfast McD!!  Destinasi: McD NKVE sbb xramai org kat situ. Tapi tu diaaaaaaaaaaaa..... Q panjaaaaaaaang woooooo. Free punya pasal, sila Q. Addy yang Q. Aku duduk diam2 update FB, upload gambar bagai.

Lepas makan, perut pulak sakit. Bukan salah makanan free tapi mmg sampai timing untuk menjamban. Harus menjamban dulu sebab opis bukak 8.30am tapi skrg baru 7.45am. Nanti tercirit pulak. Bye2 Addy..... Masuk jamban (tu pun mau cerita ;p). Tiba2..... Panic alarm ON!! Ada darah!!! Errrrkk.... Apa kah??? I'm not ready yet.

Y i'm not ready:
  • Sebab aku suka budak kecik tu tendang2 dari dalam perut. Which i rindu sampai skrg tapi jangan suruh aku preggy lagik skrg. Trauma ok!
  • Sebab i know i never alone. Ada jak budak kecik dalam perut teman aku time driving kah, makan kah, tgk tv sorang2 kah. Mcm la kalau kluar tu dia pandai nak tinggal aku pulak.
  • Sebab paling best adalah aku takut KENA GUNTING. Errrk! Dua malam aku mimpi kena zassss sebelum tu. Siap nangis2 tu.Drama queen kan.


SMS Addy, pick him up then to Pusrawi.

Terus naik wad sebab diorg mau check baby's heart beat & bukaan. Heart beat baby ok! Yeaaahhh! Bila part check bukaan tu i tell u sakit gila. Cucuk dgn 5jari tu....Rasa mau nangis babe. But belum bukak (bukak apa?? sendiri mau tau). They said early sign la tu. Tapi since belum bukak so maybe another 2 to 7days more to go. Phewwwww..... MC for today. Yeaaaaahaaa! Suka2... Kalau tidak, misti aku menapak d site lagi. Werrrrk!

Sent Addy back to Subang and off i go......... pigi mana? Giant! Sempat kan. Alah... ada 2-7hari lagi kan. Chill la! Teringin makan lala. So beli la lala & few barang dapur lain. Balik rumah, kemas rumah & relax sikit.

12.00pm keluar lagik. Kali ni lunch date dgn Addy pulak.We had Italian food at SS15. ;p

Balik rumah & sambung kemas2. Hari ni rasa mo kemas rumah tu sungguh mendalam. Sapu lantai, cuci toilet (sental 2bijik toilet ya adik2), lap dapur segala. Perghhhh! Kagum kan! Stor pun aku kemas skali. Pahadal since petang lagi aku sudah rasa contraction every 10minutes but as an unexperienced mum, aku pun tak pasti itu contraction kah feeling2 aku jer sebab tak sakit pun. Malu la pulak kalau terover exited kan. Malu pada baby. Addy balik pun aku masih bkemas, so suruh Addy tapau makan saja. Lala?? Kalau ada umur panjang kita jumpa lagi ya. Tak da mood malam ni sebab dapur aku suda berkilat uols. Jarang2 terjadi tu..

Beg baju baby & baju aku pun aku siap kan segala. Letak atas meja siap2 untuk masuk kan dalam kereta nanti. Actually malam ni aku ada janji dgn doctor d Pusrawi for my usual check up. Maklumla suda 38weeks.

On the way to the hospital aku suda rasa contraction every 5minutes. Tapi tak sakit pun. Masih boleh gelak2.

Doctor ckp" berdarah memang early sign tapi tak payah la nak panik. Maybe brixton hick. Kalau real contraction tak de nyer senyum2." Apa2 la doctor... Then i asked him about the kengkonon contraction tu. Kebetulan la pulak time doctor tengah pegang perut aku & baby bercontraction dowwwhhhh. So doctor suruh naik wad lagi. Another round of baby monitoring & kena sulah utk check bukaan. Kali ini suda 2cm...... Doctor adviced stay terus d hospital sebab takut balik rumah terpanic kena datang spital pulak tengah2 malam. Baikla!! Check in la kita. Tapi doctor tu cakap "esok jer la check. 1st baby biasa lambat. Lama lagi ni." Fine!

Eh! sambung nanti eh. Anak aku menangis ni. ;p

Ok. Ada masa baik aku taip laju2 sebelum memory card dalam otak aku ni kaput sebab anak aku sekarang ni selalu pulak terngek ngek. Adehhhh! Masuk balik dalam perut biar padan muka. ;p

Bila sudah check in. Suruh Addy balik rumah amik benda pentingggggg; CAMERA!! Hahaha.... Kengkonon untuk amik gambar aku d labour room & moment baby keluar dari perut. Lepas Addy balik tu, aku boring gaban ko. Channel tv ada tv1 jak. Uwerrrgh! Mata pulak belum ngantuk, so mau buat apa la ni? Aku pun decide untuk berkawad depan kaunter. Hambik ko......

Time kawad tu terjumpa satu perempuan yang sama macam aku. Tunggu time beranak jak. So berkawad la kami bersama sama sambil ditemani mak perempuan tu. Ni kira anak ke-5 perempuan tu. Perghhhh! Kagum2. Masih muda suda masuk 5.

Dalam jam 12.30am Addy datang dengan pakcik makcik dia. Maka berbual bual la kami. Kaaaaaaaaaami la sangat padahal aku time tu muka berkerut kerut tahan sakit. Sakit makin kuat tapi still boleh tolarate la. Jam 1.30am kot diorang pun blah. Aku time ni tak sabar laaaa tunggu pagi. Kan doctor cakap dia check pagi esok. Macam slow gilaaaaaa masa berjalan. Nak tidur tak bole. Jalan terkedek kedek. Tapi fb tetap update! hahaha... Handphone tetap dalam gengaman ya. Time tu memang segala kegagahan, kekuatan aku kumpulkan sebab aku tak mau la nampak sangat macam loser. Ego tinggi!

Rasanya dalam pukul 3.30am tu aku rasa tak bole blah lagik. Sakit tu macam mau buat mati saja. Gila!!! Aku suruh Addy panggil nurse. Sementara tunggu nurse tu datang, perempuan geng aku kawad tadi terjerit jerit. Dalam kepala aku dah," Mak aiiiii.... Anak 5 pun menjerit. Mampus la aku" Ya Allah! Ampuni la dosa2 ku.

Nurse datang lenggang kangkung and check bukaan sudah 6cm. Jom pindah ke labour room. Hoyeeeeee! Boleh bersalin!! I cant bear the pain anymore. Loser pun loser la. Tunggu la nurse tu datang. Aik... Pasal apa tak datang2 ni?! Grrrr.... Asked Addy to call her. Nurse cakap tunggu bukaan sampai 10cm. Pulak dah!

Sementara tunggu 10cm tu, sempat la mintak Addy ambilkan air zamzam. Bila air zamzam datang, request for straw pulak. Kerek yo! Sorry la ya Addy, sebab time tu i was terribly in pain so everything that i request jadi macam arahan pulak. Camera?? hahaha.. Lupakan niat suci mu. Finally its 10cm!! what a relieve!! Sekali...

Tunggu air ketuban pecah then only doctor datang

To tell you the truth i was pissed off dah time tu. Aku siap suruh Addy panggil nurse tu and asked her to stay in the labour room dengan kata2 "aku bayar la for her service!!". Addy dah kecut dah tengok bini dia menggila. Hahaha... Ya la, i never have any experience before. I need advice and moral support from yang pakar. Bukan dibiarkan terkontang kanting begini. Addy never give up giving me support dan ingatkan doa2 semua.  

Dalam bengang2 tu aku push sampai POP!! My water bag pecah! Terkejut Addy. Wehhhhooooo... Now call the doctor babeyyy!

Proses teran meneran pun bermula. I follow the doctor's advice kalau push jangan bising sebab nanti tenaga keluar ikut mulut bukan bawah. Jadi yang selama ni jerit2 tu kenapa ha? Dalam tv pun kemain lagi jerit. Aku pun teran secara senyap. Comel jer. Eh! terpuji diri sendiri. Then i saw doctor took something. Gunting! terstop kejap proses meneran ku. I look at Addy. Addy tengok aku. Zup! mak kena gunting. huhu... Teran lagi! The baby's head keluar... but when everyone cheering me to keep pushing, aku stop. Penat dowhhhh... baby's head masuk balik. Lepas 3 kali kejadian tu berulang ulang, doctor give up. Huhu.... Itu la pertama kali aku dengar orang cakap dengan aku 

awak ni lemah semangat.

huh!
Doctor takut baby lemas. So he took vacuum. Alasan la tu! Nak charge mahal2.. hehehe.. Just kidding okay! Buat la suka hati engkau doctor. Aku pasrah! Sekali tarik, gluuuuuuup terus keluar la baby Aidan. Doctor pegang kaki Aidan dalam keadaan tertonggeng then show me his burung. I was too tired to smile but I really wish i could hold him & kiss tapi nurse ambil terus bawak p mana tah.

Lepas tu doctor vacuum uri pulak. Segedabak besar macam tapak tangan keluar. Then doctor picit2 perut untuk keluarkan darah. Aku tolak tangan doctor and said "sakit la!". Then tahan tangan doctor tu. Boleh? Misti doctor tu pun bengang dengan aku. Hehehe... 

Upacara jahit menjahit pulak. Panic mode on kembali! I asked the doctor

"sakit tak?"
"boleh tak kalau tak nak sakit?"

hahaha.. budus. Doctor pun bius la. He said he put extra for me since aku ni pelemah semangat. Sakit! Tapi aku sibuk nak tengok the whole process. hahaha.. Double stitch. Bila sudah selesai, nurse help me to put the pad yang ikat2 tu. Addy push aku balik bilik. I haven't see the baby yet but i dont really care because i am too tired to even sit. ZZZzzZZzzz.... 

Fiirst time hold Aidan, baru la terasa air mata jatuh. I am a mother now. I have my own baby. I do miss baby yang suka tendang2 perut tho. Rasa pelik sebab now perut aku tak bergerak gerak lagi. But damn, my tummy is still sooooo big as if i still hv another baby inside.

Itu sajalah cerita aku bye! 



X.O.X.O,

Friday, March 30, 2012



Look who is turning 1 this coming April 1st!!

My handsome soon-to-be-toddler.

 
No joke man! My baby Aidan is no more a baby soon. He will be a toddler.  Sob sob sob... Sedih pulak mak. Lepas ni Aidan dah masuk sekolah, tak da la merengek lagi bila mummy pegang kunci kereta. Lepas tu ada awek pulak, sure la mummy no longer be your no 1. Lepas tu pindah rumah. Lepas tu kawin. Huwaaaaaaaaa!!!!! Okay berlebihan. But seriously, bila fikir macam tu mak emo! Masa, sila bergerak slow-slow! I want to enjoy him while i can.

 

You will always be mummy's little man

So how the celebration gonna be? Initial plan was to celebrate just kita 3 orang anak-beranak saja. Then Air Asia offer pulak RM0.10 ticket minus fuel surcharge lagi. RM12.20/return/person KL - KK. Cun la tu. Jom larikan diri..... 


Handsome tapi belum dapat kaki.         






Petang tadi kitorang sepatutnya ambil gambar di studio. But due to miscommunication (miscommunication la sangat... padahal kes malas nak explain kat sini. hahahaha..), terpaksa postponed next week.  Alang2 my soon-no-longer-a-baby Aidan tu sudah hensem tahap ke-8 so kita singgah la Menara MK untuk shoot outdoor sambil mummy feeling2 Lisa Surihati (version gemok) and Aidan jadi abang Busri. Jom tengok gambar boleh? Satu lagi kes malas menaip. Aduhai....


Handsome kan!!



Mummy melting....


 Model yang susah menerima arahan.    

















l
Apa?!!!


Terpaksa bagi dia mcD tu untuk distract dia dari terus mengangkak.

Okay! dah boleh balik.


Mau tengok mummy Li.sa Surihati?? eh! Lama tak buat sengal.
Sila scroll BINTANG!!
hahahaha...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Aidan gonna be 1 soon which means its been a year suda aku beranak. Tapi kenapa aku masih gemuk?!! Derrrr.... Redha itu pasrah. 



 
x.o.x.o,

Sunday, March 4, 2012

Grrrr.....Jumpa minggu depan Pasar Pagi Kg Penchala.


 Holla.............. 

Happy Sunday! 

Semalam terbangun pukul 2pagi. Surf tenet, read blogs, forum & facebook. Pukul 4pagi teringat pulak semalam ada rendam kacang hijau untuk buat bubur durian. Arggggh!! Alang2 bangun biar sampai masak bubur. Apa2 la. Bubur on progress, kembali ke lapppppppppptop! 

At 6am operasi rebus lala pulak. Beli di pasar tani Kelana Jaya semalam RM7/kilo tapi orang tu tertimbang lebih RM8 la pulak. Saja la tu! Lala sudah masak. Bubur suda masak. Apa lagi ni???? Lala tu half goreng la.. letak halia hiris, bawang putih cincang, sos tiram, cili & daun bawang dari pasu. Done! Emmmmm... Goreng nasi la untuk breakfast & Addy's lunch box. 

Serawa durian & pulut.

Itu gambar hiasan ya. Makan last week di SweetChat, Mines. We do not know what is Serawa ingat kan tempoyak. hahaha...


Aidan bangun. Suap bubur... bukan bubur durian. Bukan nasi dia la. Gaban kah bagi Aidan makan bubur durian pagi2. Kembali ke lappppppptop! 

Cendol Durian

 Haha.. Ini pun gambar hiasan. Makan di SweetChat jugak. Asking for Durian pancake sebenarnya tapi takdak. Kecik perut aiiii!

Mandi kan Aidan & diri sendiri. Pakaikan Aidan hensem2 dan diri sendiri cantik. cantik ker?? ;p Hajat di hati ingin jalan2 ke Pasar Pagi Kampung Penchala. Siapkan bekalan pampers & susu Aidan. 


cakap la kami sweeeeet macam kedai sweetChat!


Cari
*
punya cari
*
punya cari
*
punya cari
*
punya cari

sampai aku pun pening. I couldn't find the house key. Greatttttttt! My key dalam kereta Addy yang sedang bekerja di Subang. Mari la berdoa tiada kebakaran disengajakan atau tidak (aku stress suda ni) berlaku sampai Addy balik kerja. 

Mak very the over. Nasib baik boleh blurkan. Anak ikut jugak



p/s: motif gambar xda kena mengena??!! Saja la! Kalau tak letak sini bila lagi aku nak letak. Bukan rajin update blog pun aku ni. ;p

p/s: baru lepas makan bubur. Sedap yooo bubur aku! Sekian. Selamat jalan Pasar Pagi.




 Love you.
 

Monday, February 13, 2012

Salam dari Yogja!!

Salam dari Yogja la sangat!!! Hahaha... Actually kami (Me, Addy & Aidan) sepatutnya berada Yogja during the last Maulidur Rasul & Thaipusam celebration (4-8feb). Baik punya planning & timing la aku beli tiket last year (before Aidan was even born) untuk berjimba di Yogja tanpa perlu mengApply cuti panjang-panjang sebab kita dikurniakan cuti bertimpa timpa last week. 

Tapi.... 
Kau gila!! Aku tidak sanggup dibuang keluarga. Ada kenduri Arwah di kampung on the 3rd. Kenduri arwah siapa?!! Pada yang tidak tahu, malas pulak aku buat entry lain nanti kerja aku nangis saja. Kenduri itu adalah untuk arwah mak & bapak aku la.

T__T

AJK Mencari Bunga - Bukan main lagi petik bunga jiran.


Mak meninggal pada malam raya and bapak followed 50days afterwards. Sinta hinga hujung nyawa gitu. So ke Tawau la kita. Yogja dalam kenangan. eh!

Actually jugak, my company annual dinner held same day dengan kenduri arwah. So i have to passed it too. Selamat la mak daripada kutukan di atas keDEBABan mak yang tak pandai surut2.  Tak dapat mak nak bergaya uol. ;p

Kalau pegi Yogja tak dapat la makan Tarap.


Syukur la semua selamat. Selamat jalan Yogja.... Eh! tak abis2 Yogja engkau. 1 of my wish (WISH ya bukan resolution) tercapai sudah. Untuk melihat my whole family bersama sama outing, makan di luar dan gelak ketawa. Lama okay my family tidak berborak mesra begitu. The last time we had our family photo yang lengkap was..... hmmmm.. aku darjah 3 kot. Now, it wont be as lengkap as it is before despite of pertambahan penduduk sebab makin ramai anak-anak, dulu darjah 3 aku belum ada anak lagi. Sebab......

my parent dah takda. 

T___T

Sudah la... malas mau tulis lagi. Ternangis suda ni. Semoga my parent tenang di sana. Pasti tersenyum tengok kami adik beradik suda akrab lagi. Tidak sia-sia aku tidak pergi Yogja. Jumpa di lain masa Yogja. Aku pasti datang. Errr.... selagi Air Asia terus membuat promo RM0.0.1/RM0.10/RM1 mahupun RM10.


Kalau pegi Yogja misti tak dapat tapau Sup Payau.


p/s: tiket AA aku yang burn tu harganya RM75/2person/return. Hahaha... I love you Air Asia dan akhir sekali HIDUP MAS!!

Kalau pegi Yogja tentu2 budak ni tak dapat seat satu row untuk golek2.


p/s: sampai hari ni aku susah untuk percaya mereka suda tiada.

Al-fatihah.




xoxo,

Puan TOMAT!

Wednesday, January 25, 2012

Hanoi Part 1 - Pre Hanoi. The Dugaanss...

Hollla.....

For the 92 followers, i love u! Eh! tiba-tiba.....

Hari ni kita cerita holiday to Hanoi ya. For those on my FB friendlist, adalah sneak peak konon thru photos uploaded by Addy. Itu pun beberapa keping saja sebab laptop Addy dah arwah. So now he have to borrow mine. Aku pulak kedekut, boleh pinjam laptop time aku tidur saja. hahaha... Itu semua kerja Aidan ya! Nasib baik bukan laptop aku, kalau laptop aku, memang aku tinggal budak tu d masjid.

Our trip was another bidan terjun punya trip. Kelass kau maria! Terjun2 timbul di Hanoi. Diam kau!!  Tahun ni we had no idea harus bercuti ke mana kah kita. Kalau ikutkan hati harus la ke negara owreng puhtey...Tapi kalau ikut hati, mati beb! Budget takde. Terus terang gitu!

Check in KLIA nappy change room sebab ada budak berak. Kesian tengok budak tepi aku tu. Seluar tarak tapi mummy sibuk posing jugak. hahaha..

 Trip ni jugak adalah trip terpaling banyak cabarannya. Bukan, aku bukan join amazing race. Pandai2 jer kau. We left home for KLIA at 4.30am on the 28/12/2011. Simpan kereta d Subang then naik bas. Ya! aku memang naik bas setiap kali p airport. Aidan tu pun gigih jugak la naik bus. Besar nanti jadi komando!  Our flight is at 9am++. We try to check in pakai kiosk katanya. Oh! Guna kiosk is so easy. But sadly our ticket tidak terprint pula. *^%$^%$#$ kau kiosk! So we went to counter pulak. Terprint la Aidan & aku punya tiket. Addy?????!!! Ya! itu cabaran pertama tuan2 dan puan2. Perenggan lain la.

Muka tak siap. Aidan gerak2, padan la muka gambar blur.


The problem is Addy's passport expired on 15 June 2012 so it is less than 6months validity. Less 13hari jer pun. Merayu rayu buat muka kesian. Sekali dengan Aidan pun kena jugak buat muka kesian jugak. Orang tu cakap, dia boleh jer release but you might have problem in Hanoi airport. Worst case, they deny your entry at the airport so you have to return naik the same flight. Glup! seram la pulak. So dengan muka sedih Addy said

"U pegi dengan Aidan jer la".

Hehe.... I no hal punya.

"eh! kalau u tak pegi means semua tak pegi la". Eh! aku kah itu?!

Sedih tak boleh blah okay tengok muka Addy time tu.

"Call your friend yang tinggal somewhere here to send us to immigration Putrajaya. Its open on Saturday. Well... at least we try."



So Ewok (kawan Addy), fetch us and sesat-barat-last2-jumpa-jugak the imigresen. Manyak nya orang! Its already 12pm but Addy's number belum kena panggil lagi. Dup dap dup dap. Bila kena panggil its almost 1pm already. Maka keluarla pengumuman

"Kami dah nak tutup yer. Sila datang ambil Selasa sebab Isnin cuti Maal Hijrah. Wehooo....." 
(Wehoo tu aku yang tambah).

Out we go... then Addy tiba2 berlari masuk semula.

"Errr.... saya nak terbang ni. Ni ha tiket. Boleh tak nak siap hari ni jugak" 
sambil muka sehabis kesian la.

"OKAY LAH!" - kata adik manis imigresen

Time ni tiba2 ribut petir, gerhana, banjir kilat la seisi imigresen tu

"kami pun urgent jugak!"

"Sy nak p Singapore ni tapi errr...tiket tak print. Nak tengok dalam handphone saya tak?"

"Saya tak kira.... nak hari ni jugak."

"Saya dah bayar, dalam piagam, lepas bayar boleh siap sejam"


Cut it short la ya... "Siapa yang ada bawak tiket tadi tu?".... hehehe.. passport siap!


Babai uol! Sila mengamok dengan penuh tatasusila ya. .

Return to KLIA untuk urusan tukar time segala. Flight kita kan suda terbang. So urus sana urus sini, kami d minta datang besok but standby la instead of confirm and flight esok penuh. Nice!- baca dengan sarcastic ya. The end of day one. hahaha.. Penat kan baca? Belum terbang pun lagi.

Check in lagi.


lalalala....
 Next day, standby la kita. O'ooo.. another problem. Nama bapak Addy on the ticket & passport lain. Instead of Bujang, tulis RTK la pulak. Bapak sapa pulak tu!!? Malas dah orang kaunter tu layan so dia release jer tapi pandai2 la ko kat sana nanti. Wehooo..... we got seat but separated. Then steward tolong pindahkan mamat vietnam yang duduk sebelah aku tu dengan Addy. Hoyehhhh! Finally.

i am ready to go mummy!

Eh! sambung lain kali ya. Love u!

sorry gambar muka petak2 sebab guna hp chap kambing gurun saja. Cameraman kan lagi bad mood. Sila bersabar ya. Lepas ni gambar cun!

psst: Pada yang keluar awal pegi airport tu tak sempat mandikan baby, no worry, KLIA nappy change room ada singki BESAR punya with hot water dan hose sekali untuk untuk kau mandi kan baby. Sabun sediakan sendiri la! Sila2... buat macam rumah sendiri.


x.o.x.o