Wednesday, December 4, 2013

Cerita toilet

Hi,

Hari ni mau cerita tandas lagi. Last week adalah pergi satu kilang ni. Then pegi la tandas baru diorang. Cantik. Mangkuk tandas siap ada bidet lagi (air pancut untuk cuci2).

Tandas pertama: Ada selonggok tisu. Tak sanggup pulak aku membuang di situ, kot2 dibalik tisu bertimbun tu ada  longgokan tahi.

Banyak tandas lagi... relax la.

Tandas kedua: Ada pembungkus pad. Aduiii... Try flush tapi tidak berjaya. Takkan aku nak kutip kot.

Tandas ketiga: Ada kesan tapak kaki kat mangkuk tandas. Mangkuk betul la sapa bertenggek atas mangkuk tandas tu.

Jangan risau... ada banyak bilik tandas lagi.

 Tandas ke-4: Ada taik kering di dalam mangkuk tandas!! URgggghhhh!! This is one of the disadvantage tandas siap ada air pancut2 ni. Kalau taik terlekat tepi mangkuk tandas tak boleh siram. Takkan nak lap pakai tisu pulak...

Tandas ke-5: Mangkuk tandas ditutup and i am not ready for any surprise yang mungkin ada dibalik seat cover tu.

Tandas ke-6 : Look good. Lagipun ini the 2nd last toilet kot. Maka membuang la di sini. Lega....
Aik??
Eh??? 
Urgh!!!
What the &*^$$)(@!!!

Ya! Kepala pili tiada. Maka macam mana kita hendak mencebok??? Nasib baik mak cuma buang kecil2an. Mari la kita beristinjak. 

Oh my goodness!! Begitu la banyak toilet.... Setiap satu pun ada masalah. So listen! Bukan manusia saja ada masalah. Toilet pun sama!!





Tuesday, November 26, 2013

Hantu jamban.


 Hai semua,

 Tadi on the way pergi toilet. Nampak ada orang pakai baju putih masuk toilet. Berharap sangat toilet tidak penuh sebab air kumbahan sudah berada di hujung-hujung tanduk ni.  Tak boleh tangguh-tangguh lagi. Masuk toilet, yes!!! ketiga-tiga toilet 'vacant'.

Perghhh....... lega rasanya.

Err..... Bukan aku tengok ada orang pakai baju putih masuk toilet ker tadi?! Damn!




 credit photo from http://www.scaryforkids.com/hanako/


 

Thursday, October 10, 2013

Aku yang dulu bukan la yang sekarang.

Yuuhuuuuuuuuu....

Last week aku ada lah p satu kilang ni. Eh! bukan aku nak umpat atau blogkan pasal kilang ni.Suka2 hati kau jer. So prosedur biasa lah kalau masuk kilang kan, kena lah tinggal lesen atau IC atau namecard pun boleh. So lepas tinggal kan lesen sebagai pengganti diri, aku pun masuk la. 

Buat kerja

Buat kerja

Buat kerja.


Dah settle kerja aku.... yeahaaaa! Hahaha... Itu jer? Der... itu mukadimah saja.

So bila nak tuntut balik lesen aku, awek security ni pun pusing la kepala carik lesen aku antara berpuluh puluh lesen/namecard kat dinding tu. Dah jumpa lesen aku tu, dia angkat, tengok then dia letak balik. Pusing lagi kepala dia mencarik lesen aku. Last2 mata dia tetap stop kat lesen aku la. Dia amik lesen aku tengok lesen aku & tengok aku. 

"Cik Dewi ker....?"



T___T

Sebelum aku berseluar saiz 30, aku pun pernah pakai jeans saiz 25 la!!!






 love,


Tuesday, July 9, 2013

LIfe updated. 9 July 2013

Hi Bloggers!! *tiru hi keekers*.


Hmmm.... Hi! Its been ages since the last update kan. ;p Tapi biar la. Bukan ada pembaca pun blog ni.

 Just a quick update on my current life sebagai seorang emak kepada 2 orang anak. Kehidupan sekarang bukan lagi seperti berada di musim bunga. Oh ya! Musim bunga cuma terjadi saat2.... awal bercinta, awal perkahwinan & saat mendengar tangisan baby di labor room. Other than that.... kau rasa la musim hujan, ribut, kemarau semua... Ada lah jugak bunga sikit. Kalau tak ada bunga, itu memang sadis atau kau memang sadis. So hargai la musim bunga anda! 

My life since having Sophia have changed almost 360degree. Me time? forget it! I know i shouldn't complain. Pandai bikin anak, sekarang tanggung la akibatnya. 
T__T.

Waktu bujang, weekend adalah waktu menziarah shopping complex. Bila dah ada Aidan, ia adalah waktu berkunjung ke Supermarket. Bila suda tambah Sophia, sila diam2 di rumah! 

Seperti dulu kala, Addy kerja on the weekend. Demi menyara keluarga. Kalau dulu aku merajuk rajuk manja bila Addy kena kerja weekend. Konon la kekurangan kasih sayang. Sekarang ni kalau Addy TERPAKSA duduk rumah time weekend, risau jugak aku. Oh! Thank you for reminding me to update my resume. Ini kali laaaaaa.....

Buat masa ni Aidan & Sophia di hantar ke nursery. Belum bersedia untuk mengupah orang gaji. Baik dari segi kewangan mahupun mental. Ibu yang kuat berimaginasi ini selalu membayangkan wajah2 comel kesayangan itu di dera atau pun di larikan pembantu. Boleh jadi gila. 

Sometimes i wish to have my 'me' time. Relax di spa. Join datin set rambut di salon. Tapi realitinya, now my me time is dalam kereta driving pegi kerja. Time tu boleh la berGwiyomi.

Dating and makan2 di luar. Hahaha.... Tidak lucu. 
T__T
I think Addy & me need to take leave while Aidan & Sophia di nursery untuk merasa moment itu lagi. Makan di rumah pun kelam kabut... kejap duduk, kejap berdiri, kejap lari naik atas... Well! I am not complaining now! Not complaining! nooot cooomplaaainnnnninnn...ggg.  


bye guys...








Tuesday, March 26, 2013

Hai... I am a mother of two. Behind the scene.



 Salam 1 Malaysia...;p

Hari ni hari ke-2 aku kerja selepas cuti 2 bulan. Pasal apa cuti sampai 2 bulan? Pasal gua bersalin la beb... Sorry lama tak update, dari tak mengandung sampai dah selamat bersalin pun, mood blogging aku tak muncul-muncul. So topik hari ni; cerita bersalin. Sila baca....

Last check up aku adalah pada 12 January 2013. Berat aku 70kg. Turun 2kg yeaaaaayyyyyyyyy!!  from the last check up sebab diserang cirit birit yang dasyat tahap mintak nyawa. Gila punya cirit birit... Doctor cakap aku dijangka beranak lagi 1 minggu, kalau ikut due date & kepala baby pun masih kat atas lagi katanya. Erk.... Aku dah tak nak kerja dah!! Seminggu rasa sebulan kot penyiksaan kat kilang tu.

Ibu mengandung: Hah!! Seminggu lagi?? Tapi saya dah tak larat la.. *mata ke atas*

Doctor: Hmmm... Meh saya check bukaan. Kadang2 dalam diam dah terbukak ni.. *hek eleh.......*

Ibu mengandung: Check bukaan?!!! *mampus la! dah start menyesal sebab bermulut celupar*

Doctor: Eh! dah bukak 4cm la!!

Ibu mengandung: Maksudnya apa? *buat2 bengap*

Doctor: Kalau nak masuk wad, dah boleh ni. Maybe esok malam atau paling lambat pun Isnin dah bersalin ni.

Ibu mengandung: Maksudnya... kalau saya tak nak duduk wad boleh la yer?

Doctor: Kalau dah tak nak, takkan saya nak paksa. Kalau sakit cepat2 datang yer. Tapi kalau sampai hari Isnin, tak sakit pun kena datang jugak.


Wah! cepat2 aku kemas baju yang terselak.. awww... dan blah dari bilik doctor tu. Macam tak sedia la pulak. Dilema... dilema... 

Lepas dari hospital tu, aku pegi lepak rumah kakak Addy. Lepak la sangat..... padahal aku baring jer dalam bilik sebab cirit birit. Ulang alik ke tandas jer la kerja aku seharian. Semua orang heran kenapa laa aku degil masih tak mau pegi hospital walaupun dah bukak 4cm. Sebab aku tak rasa contraction kot! Takde rasa apa pun lagi. Daripada aku sakit hati tengok tv tak Beyond bersemut-semut kat hospital tu, baik aku main2 dengan Aidan. Tiba-tiba rasa sedih nak menduakan Aidan. Seriously! Ini semua poyo!

Pagi ahad, 13 January 2013: masih lagik cirit birit. Gila!! Sambil layan toilet, aku pegi bilik stor selongkar baju2 baby yang masih tak berbasuh. Dasar pemalas! Almaklum la... dah anak nombor 2. Exited sudah kureeng. Masukkan baju dalam washing machine. Settle... Aidan pulak merengek mintak dukung. Alolo..... kesian the soon-to-be-abang-besar. So dukung Aidan turun naik tangga sambil menikmati sarapan.

Abang Ensem

Waktu tengah pilih baju, terasa macam ada cecair keluar. Aduh! Takkan tercirit kot. Tak senonoh sungguh. Zaaaassssss... berlari ke toilet. Tengok2 darah mengalir-ngalir. Pulak! Mandi cepat2. Mekap cepat2. Sempat ko pakai bedak segala... Hahaha... Yang lambat adalah suami saya si Addy tu. Boleh pulak nyanyi2 dalam toilet. Mak mentua aku pulak dah panik. Ambik kau!!! Sekali mak mentua aku jerit Addy suruh cepat, tak sempat2 nak carik baju terpaksa pakai baju semalam. hahaha.... Padan muka.

Nasib baik time tu dah 10.30am so dah lepas peak hour. Jalan raya pun smooth jer sampai Pusrawi. Yang tak smoothnya adalah muka aku. Dah start kerut2 sana sini. Contraction is happening babeh!On the way tu Addy call doctor siap2.

Ada darah keluar la.. Dia cakap macam sakit.

Macam sakit??!! *&^$#@!!!

Sampai hospital, parking dan bila nak turun kereta, aku rasa bontot macam kena gam dgn kerusi la pulak. Hehehe... Sebenarnya terasa something is about to come out already. Ker perasaan aku jer? So request mintak wheel chair. Jadi la aku Dewi Wheelcha pagi tu.

Terus masuk labour room, then nurse suruh bukak seluar kecik before naik katil bersalin. "Toilet mana?". Hahaha... Malu konon nya. Sekali nurse cakap "err... bukak jer la kat sini". "hmmmmm! jangan tengok boleh tak?". Hahaha... Sebenarnya aku malu bukan sebab seluar dalam aku buruk cantek okay tp sebab darah melimpah ruah kot time tu. Wheel chair pun berdarah jugak. Segan aiii... Addy pun malu time tu, terus dia buang seluar kecik cantik aku dalam tong sampah. Chittt!

Baring atas katil then nurse check bukaan kali pertama tapi tidak berjaya sebab tangan dia dah penuh dengan darah. Darah berketul-ketul. Tukar sarung tangan, sauk lagi..... . Lepas tu doctor pulak datang and sauk. 

"Dah bukak 9cm ni. Tapi kepala masih kat atas. Hmmm... Kalau nak teran teran jer la".

Lepas dapat green light doctor, aku pun teran. Time tu doctor tengah tukar sarung tangan. Kelam kabut beliau pakai sarung tangan sebab kepala baby dah muncul. Dua kali push dah selamaaaaaaaaaaaaaaaaat.... Lepas tu, proses biasa lah. Keluarkan uri then jahit. Berbeza dengan time Aidan dulu, kali ni aku adalah dalam mood redha. Buat la suka hati kau doctor weiii... Aku dah malas nak mengada-ngada. Addy kagum giler degann aku! 

Phew... within sejam (dari rumah) aku dah bersalin. So rasa sakit pun less than 1hour. Tak sempat aku nak pikir apa2 pun time tu. Tak sempat nak ber"what if.... what if.....". Semua nya berlaku cepat giler! Nak mengada mengada pun tak da masa. Nasib baik tak beranak dalam kereta.

Sophia was born at Pusrawi, 11.30am, 2.55kg and 50cm length. Alhamdulillah... Now she's a happy 2month old baby. Kurang mengada-ngada compare to Aidan dulu. Gambar kat FB pun kurang jugak. Hahaha.... Ok byeeeee! 

Piyot kesayangan. 


*background blur sebab ada harta karun bapak si Sophia*


Oh ya! I will never forget ayat Addy dalam kereta on the way to the hospital

"Eiiiiii! Buruknya muka!"

Bengong!