Tuesday, August 25, 2009

Gambar suda siap!!!

yeah!!

Gambar from both photog d Tawau n Kuching suda siap. Xsabar mau tgk album kawen!!!

Yg lagik best, album besar-gedabak-berat mau mampus tu akan dpost oleh Taufik dari Kakikandid kepada kami secara FREE!! Hoyeeeee! So siapa2 yg d tawau mau carik photog sila la carik Kakikandid!

Utk d kuching pulak, photog adalah Bob, cousin Addy sendiri. Cousin2 xbermaksud free ok. Business is business. But lebih senang mo communicate la. Semalam Addy suda p ambil CD dari rumah ngah Nona. Tp Addy ckp CD tu adalah slide show.

Heh???!!

Aku nak putar d mana slide show tu??
Aku mau tunjuk dgn siapa?
Apa2 la. Xsabar aku mau tgk.
Walau pun aku sedar 1/2 gmbr tu aku xsuka sbb double chin!

ok... mari kita sama2 tunggu!!




l.o.v.e

Buat apa Lunch Hour?



Kamu buat apa lunch hour?


Dolu2 time masih kerja MTU aku n Syakirah akan kunci pintu opis then ZzZZzZzzz...
Technician kami yg sorg seja tu pulak amik port d surau.
Boss???
Boss tu apa?? hahahha...
boss aku adalah boss paling best d muka bumi.
kami balik kerja jam 4.30pm.



Time aku d kerja d Kulim pulak, aku p kulim business centre. P surau then zzZzZzzzZZ....


Last year aku lepas d library. Sbb bole baca magazine free sambil beraircond. Tempat kerja ku xda aircond bah. Kadang2 tulis kad raya sbb post opis depan library. Kadang2 kalau jumpa port best, aku zzZzZzzz...


Tahun ni xtau mau buat apa suda ni. Since smlm aku balik rumah. Buat apa? zZZzzZzZzz.... Aku tau benda ni xbaik. Mau jahit manik. Tp aku xda pun buat baju raya. Hey!! aku xda baju raya lagik ni!!


OK babai..... aku ngantuk suda.






l.o.v.e

Ramadhan Puan Tom

Salam,

Selamat berpuasa semua blogger dan pembaca blog ku (yg sekangkang kera) skalian. Aku tau aku lambat wish. Sbb nya aku baru ada masa mnghadap laptop and bertenet.


mulakan dgn muka tuan tanah bbrp ketika sblm bgelar puan dsnap oleh bakal suami (time tu la) d tawau

Tahun ni kan tahun pertama aku berpuasa dgn status puan besar a.k.a mem. Dengan gigih nya aku ambil bas lepas kerja hari Jumaat lepas. Xmo terlepas bersahur bersama suami bah. Sampai KL around jam 1.30am. Lambat btul bus tu. Bikin seram pulak tu sbb dlm bus tu ada 4org penumpang jak. Terbayang aku bus tu membawak hantu2 ke KL. Kan bulan hantu katanya. Kot2 la hantu tu mau jalan2 d KL kah. Heiiiiiii!!! seram2. Tp..........
.
.
.
.
.
.
.




Sekarang kan bulan Ramadhan Al-Mubarak. So xda la hantu!!



Malam tu aku xtidur pun sampai sahur. Hah.......... ni misti pikir lain2 ni. Mentang2 la aku baru jak terjumpa dgn laki ku. Adalah kejadian sebelum tu. Sampai berpeluh peluh aku. Hah! Jgn bayangkan yg bukan2. hahaha. Nnt la aku buat entry utk kisah yg membuat jantung ku berdegup kencang dan peluh jantan ku mengalir laju. Kalau aku igt la. hahaha...

Sahur pertama aku cuma masak sup telur n sotong dalam tin. Hahaha... Hebat kan. Mcm best seja rush pegi KL konon masak utk suami. Dont blame me ok. Sbb aku sampai suda jam 1.30am, mana ada pasar bukak. 7-e adalah. So itu jak benda yg ada dlm icebox yg blum expired. Benda expired berkulat byk la dlm ice box. Yg penting laki ku merasa jgk masakan bini nya ni.




Utk berbuka, aku masak ketam masak pedas (aku xtau bah nama resipi tu so suka aku jak aku letak masak pedas) n bendi masak paprik. Pembuka selera adalah jus avacado yg dbuat oleh Addy. Perghhhh!! Nyaman eh. Kalah jus alpukat d waroeng ayam penyet. Terima kasih dgn org yg hadiahkan blender tu. Mmg itu la yg aku harap kan dari awal tahun. Skrg aku tunggu org hadiahkan microwave pulak. hahahaha....


pasangan yg bg blender

Sahur tu aku buat nasik goreng black pepper. Banyak la jgk c Addy mkn. Nikmat weiiii tgk laki kita mkn mknn yg kita masak. Suka nya aku tgk dia mkn.

Bbuka ahad ptg tu aku masak d bazaar seja. Hahaha.. Xsempat bah sbb ari tu pigi KL. Beli Handphone company. Handphone company ku suda hilang d curi org. mcm apa la org mencuri tu. Hp muuula (murah) tu pun dia mau ambil. Tp nasib baik la hp murah. Xla parah aku mengganti. RM138 jak.

Oh! ya, siapa tau bazaar ramadhan taman tun d mn? sbb ari tu kami mencarik xjumpa pun. last2 membazaar d mutiara damansara la jugak. Itu pun lumayan ooo. Sekali kalau membeli d baazar ni mmg RM30++ kan. Perghhh! Kalau hari2 membazaar mau jgk RM900. Xsempat save duit utk raya.


we are family!

Tgh malam tu jgk aku kena balik Penang. Xbestnya!!!! Skrg aku rasa Penang dgn KL jauhhhhhhhhhh btul.

-Sigh-




l.o.v.e