Friday, October 30, 2009

Cerita sambil breakfast

Yuhuuuuu..................


Bersiaran langsung drpd Melaka bandaraya bersejarah. Sebelum ko ckp

Best nya!!!

Kenapa p melaka x bgtau...

Ni aku mau bgtau yg lawatan mat despatch ( i jd despatch ari ni) ni sungguh xbest. Sbb aku kena rush balik lepas ni. Ni pun sempat bfast jak. Xsempat tgk a'famosa pun! Ni semua sbb aku kena arrange lori utk antar brg balik penang pkl 3pm ni. Arggghhh! xbest!

Skrg sedang breakfast curry laksa d restoran toast n toast. Mo beli cenderahati pun xtau mo beli apa. Apa yg pemes d melaka ni? org opis aku pesan smlm. Yg aku tau just belacan n gula melaka. Org opis terus buat mcm ni bila dgr

uwerggghhhh!

Ok! fine. Aku xmo beli apa2 la... hahaha padan muka.

Eh! apa maksud 'in open relationship' dlm FB tu?? Mcm mn kalau org tu suda kawen??


Ok... aku mo mkn cepat2 ni. Bye!!!



ps: Addy, bawak kamek g Melaka nxt time k. Tingin sangat p melaka. hihi....


Oh ya... bg yg merindui muka aku bole la tgk gmbr ni. (konon la ada org rindu). Time ni mkn sate d satay kajang la uol. Malas aku mo buat entry pasal mkn sate. Mcm la kamu xpernah mkn sate. So tgk gmbr la ya.



Eh! bukan gmbr mkn sate ni. Ni gmbr makan d ikea la. hahaha... sorry.





X.O.X.O

Thursday, October 29, 2009

cik adik manis bole tolong kah?

Yuhuuuuuu.......


Straight to the point. Since we are going to Brisbane and Gold Coast next week, kami suami isteri skrg adalah kelam kelibut to arrange everything. Aduhai.... walaupun suda beli the tix quite sometime tp skrg baru mau arrange. Padan muka mu. Addy already book the hotel and it was damn expensive considering the currency rate skrg AUD1=RM3. For our 1week stay, the hotel itself cost riban ribanan. Damn it. Xda duit suda mau bikin shopping. I dont mind staying in cheap hotel or mayb motel or watever la u may call it. But Addy ckp since its our first honeymoon, Xpa la. hukhuk... shopping??

Now still considering whether to rent a car or to buy the 1 week pass utk public transport. Sbb public transport d sana adalah sgt bagus kata org. Bukan la mcm d cni yg lemba.... argh! xmo kutuk negara sendiri. But takut kalau ada tempat2 yg mo dpegi tp susah if take public transport. N sewa kereta yg aku check online not dat expensive pun. For 6days bole dpt AUD136 but ada yg aku baca d porem kesayangan yg parking d sana mahal la pulek. Ada yg Kena charge AUD35 for 3hours. Aduh mati la. Parking RM100. bagus beli kasut. hahaha....

Malam ni akan online lagik n try to draft our itenary d sana.

Hey, anybody yg pernah p sana atau pernah dgr cerita org p sana pls guide me. Terima kasey ya.





p/s: tgh pilih baju utk dbawa. fening2.....
p/s: Mo carik selipar buaya d uptown sbg selipar basahan nnt.



Wednesday, October 28, 2009

Seminggu sebagai seorg suri rumah.

Justify Full
Yuhuuuu...............


Isi kandungan entry ini adalah seperti tajuk di atas. Sila amik maklum ya. Suda kawen 2bulan baru mrasa jd suri rumah. Cheh! Byk suri2 rumah berjaya lagik berkerjaya ada anak pinak serta menjadi blogger berjaya tp xkecoh mcm aku. Bagi la chance dgn aku cerita pengalamn aku jgk. Ada jgk benda aku nak update d blog ni. Kalau tidak bersawang lagik. Ko jgk menyampah bila klik2 cni tp xda update kan.

Aku pindah cni last week on Sunday. So on Monday aku suda start kerja d tempat baru. Kelam kabut aku bgn. Ya la.... takut gaban uolll nnt tersangkut d mana2 kesesakan lalulintas. Perghhhh! Xpernah dlm sejarah hidup aku bgn n bersiap jam 6.00am. Keluar rumah xsempat breakfast segala. Bfast Addy? I xbuat uolll. Nasib baik ada mentua ku sediakan bfast laki ku tu. Kesian beliau.

Skali jalan smooth criminal la uoll. Xda pun org yg gila mcm aku p kerja jam 6.30am sampai laki aku terumbang ambing. Cheh! tipu pdhal elok jak c Addy tu sbb sblm ni pun dia mmg stay sendiri pun. Sampai opis tu, org xdtg lagik pun. Maka selamat la aku breaksfast, baca paper menguap dlm kereta sambil tunggu pintu opis tu dbukak. Argggh! Lepas ni jgn harap aku bgn awal lagik. 1st time lunch tu Addy baik ati la teman aku. Suprise gitu tiba2 muncul dblakang aku. Sweeet kan???!!! Jatuh cinta!

Balik kerja jam 6.00pm. Ada la sesak lite2. Sampai rumah jam 7.00++pm. Perghhhh! Sejam tu. Dolu2 d Penang busuk2 pun 20minit jak sampai rumah. I miss Penang!!!! Sampai rumah terus makan!!! Wehhhhooooo! Tidak!! Bukan Addy yg masak. Tp mentua ku. best kan ada mentua!

Selasa, Rabu, Khamis dan seterusnya aku suda bole anggar timing. Tp masih kira awal la drpd time d penang. Baru masuk kerja uool! Harus la tunjuk mcm best kan. Jumaat pulak aku dgn bos2 skalian pigi Melaka. Best sbb jakun ni blum pernah sampai Melaka n antara destinasi impian ku utk p melancong ialah MELAKA uol! hahaha... sila percaya. Kecik kan impian ku. Anyway, this friday aku p melaka lagik. Boss xda. Aku harap bole amik gmbr ckit2 d sana nnt. Baru la feeling2 melancong. Opppsss..... bekerja!

Merasa jd suri rumah sepenuh masa on Saturday n Sunday sbb PIL ku p rumah Kak Apay. Maka bole la main kejar dlm rumah sambil pakai sexy mexy menjolok mata, telinga, hidung, anak tekak semua. Best wooooo..... Time ada mentua mo iron baju pun kena pakai sopan santun. Aku pakai shorts pun xberani, pdhal diorg ok jak.

Skrg mlm ahad xda la aku terkejar pigi pudu atau KLIA lagik. Yeahhhhh! Bole terus berpelukan mesra bersama suami terchenta sambil duduk atas message chair gentel sambil beraksi getek. Oh! hebat!

Heh! mcm xda ciri2 suri rumah jak entry aku ni. Ok2 utk memastikan kita tidak keluar daripada tajuk maka dgn ini dmaklumkan bahawa aku masak for the 1st time utk Addy smlm dan beliau mkn dgn pelahap nya. Puas ati ku tgk! Tp breakfast tetap dgn Milo 3in1 n toast bread yg disupply oleh mentua tercinta.


Sekian!



Gambar??? Xda! Hahaha....





L.O.V.E

Aku masih hidup dan menendang!!!

Yuhuuuuuu... huk huk hak hak kahak kahak!

Ya ampun! Rumah siapa la yg berhabuk ni!!! Berhabuk, bersawang siap berpenunggu suda ni blog.

Ok.... ok... untuk pengetahuan semua, aku suda selamat berpindah ke KL last week. Untuk yg mcm xmau tau tu, bole blah. Yg ko sebok2 baca blog aku ni pahal? ;p

Sekarang aku sah bergelar suri rumah. Eh! Tp xla full time masih part time jak. Ya la... dulu2 lepas kawen kan mmg full time SINGLE. Wehoooo... Tp belum merasa sepenuh nya tugas2 jd bini org sbb my PIL ada d cni. So masak2 mmg dserahkan bulat2 tiga segi empat segi kepada MIL. Aku kan blum brush up lagik my cooking skill. Daripada diorg makan terpaksa buat muka kelat2 pelik2 sbb masakan aku, baik la kita nikmati masakan MIL yg lazat!! Hoho!! best nya dooonia ini!

Oh ya! Aku masih kerja d kompeni yg sama. Now opis aku d Shah Alam tp siapa2 yg rasa mo ngajak aku dating time lunch tu bole lupakan dulu okkkkk sbb aku cuma ada map rumah aku-opis-rumah aku. Lain2 tempat aku xtau! Area Damansara bole.

Eh! adakah org mo ajak aku p dating ni??? Ajak la!! Ajak la!!! aku boring ni. C Addy lagik la boring sbb terpaksa lunch dgn aku tiap2 hari.

Itu saja update untuk masa ini. Mayb akan update lama lagik. So p la beraya depavali rumah org lain dulu ya. Rumah aku blum install internet lagik. Baru apply minggu lalu. Bila tah org TM ni mo dtg. D opis pulak malu2 kucing, gajah, kambing segala aku mo update blog. So pagi2 b4 aku pigi kerja mmg aku singgah CC untuk baca emel. Nasib baik ada cc bukak 24hrs. So ada la jugak aku baca blog2 kamu semua. So jgn kamu igt aku xtau kalau kamu mengumpat aku. ;p

Oh! ya.... Minggu depan aku akan p berHANIMUN dgn c Addy (Mcm la ada laki lain). Tp blum buat apa2 persediaan mental dan fizikal lagik ni. Survey2 pun blum lagik. Mampus la semua kelam kelibut nnt. Arghhh! Semoga semua selamat dan doakan juga mampu menbawak HASIL dari hanimun tersebut ya. ;) Aku teringin btul mo beli kasut boots. Eh! ko jangan la ketawakan aku. Kasi chance la aku pun mo pakai jugak boots selain dari safety boots yg jadi sbahgian daripada uniform aku skrg ni. Mana mo carik ah??? Yg murah2 jak yg aku mau. Kalau mahal nnt, sampai sana makan boots pulak aku sbb xda duit. Aku ada berkenan trench jacket d MNG. Cun uoolll! tp RM400++. Patut beli kah?? Tp aku bukan p tempat sejuk. aku p tempat HOT and SPICY! Aku p mana??? Aku p Gold Coast jak. Ya.... Gold Coast sepang. hahaha. Bukan bah. Saaaaana Ostolia. Ok! Sampai ketemu lagik. Aku mo p beli bikini ni!!!


X.OX.O

Friday, October 9, 2009

Ada satu auntie ni....

Ada satu auntie ni.....
hari2 aku pegi kedai dia
Hari2 aku beli redbull *kecuali ari ni kenapa tah aku teramik power root tongkat ali*
Hari2 jgk dia ckp cina dgn aku
Hari2 jgk aku kena ckp dgn dia 'saya xpaham la auntie'
Hari2 la jugak dia kena translate balik ayat dia tu.
Tapi hari2 jugak dia ulang benda yg sama setiap hari.
Grrrr..................
Xcukup berkerak kah aku ni???
Tapi hari ni dia ckp baju aku cantek so aku layan laaaaaaaa......



Gambar hiasan *iklan percuma*

mcm baju dlm iklan IMPIAN SUNSLIK kan tp budak tu pakai kaler hitam.




X.O.X.O

Thursday, October 8, 2009

Kalau nak tgk muka isteri masa tua.....




Tgk la muka mama' nya!!!

OK maka mari la aku kenal kan kamu dgn mama' aku.
Mama' aku bukan jenis bgaya mcm datin2.
She's just a simple lady. Kadang2 selekeh pun ya jugak *opppps mati la*
Tp dia sgt cute!!! *harus pandai menJEK mak sendiri...*

Dan aku adalah satu2nya waris yg ddapati mengikuti gen beliau.
Org tgk aku mmg tau la aku ni anak dia.
Kecuali warna kulit la sbb aku kan kelam kusam berkarat. *aisey...salahkan gen bapak*


Presenting............
mama' aku!






Gambar2 candid time aku kawen. Ko jgn tny aku gmbr depan2 sbb mmg xda. Time posing d pelamin pun selalu jak dia tutup mata.

Motif entry ni: aku xtau nak story apa tp mau jgk buat entry! miahahahaha...






p/s utk incik Addy: so jgn risau.... bini mu ni nnt tua tetap comel!




X.O.X.O

Wednesday, October 7, 2009

Hari2 hari raya....



Yuhuuuuuuuu..


Kesian kamu, masih dhidang dgn cerita raya. Muak suda?? Tp aku xkesah. Aku masih lagik mo cerita raya. hahaha...

Hari raya ke-2 (masih raya ke-2 ya kawan2) aku bgn awal sbb Addy dgn bapak p main tennis. Lepas tu lepak dgn mak depn tv kejap. Aku tgk mak, mak tgk aku. Agak2 mak suda boring tgk aku

Awal nar juak ktk bgn. Gi tido balit

Paham???? Ya.. mak mentua aku suruh aku tidur balik. hahahaha... Bedezuuuuummm.... aku larik naik bilik. Tp x tidur. Main PSP. Muahahahaha...

Bapak suka btul bila Addy balik Kuching sbb ada geng dia main tennis. Addy terror main tennis tau. Katanya pemain Sukma. Tp bila aku mintak ajar, haraaaaaaaaaam buat2 xtau. Takut aku pakai skirt pendek la tu.


Panjang pulak iklan aku ni. bah sambung cerita raya kita. Lepas Addy balik kami kampung. Nama kampung tu Buntal. hahaha... Cute. Nama jalan2 d kg ni semua nama ikan. Alergik aku!!

Tema hari ini putih. Save cost. Baju time nikah.


Mak awal2 suda keluar drpd tema.



Kacang d rumah ni sgt la lazat! Sampai rasa mau tapau masuk poket.


Anak2 buah Addy manja gila dgn Addy kdg2 aku jeles. hahahaha...


Lepas rumah ni p rumah sebelah. Maaf xda gmbar. Tp yg best d cni adalah kek buah. Yummmy!

Then p rumah Cik Rose sbb dia ckp dia mau buat nasik kerabu hari ni. Perghhh! marvellous! Masing2 2kali tambah. Mcm itu jak la rumah yg akan dziarah hari ni.

Disambut oleh anak dara cun.

Dia bukan jak cun tp jugak dean list. Bukan course buduh2 ok tp civil engineering.


Lepas mkn sesi anak2 dara bgambar lagik.


Anak2 dara dan separa dara d dapur.


Lepas tu singgah rumah Zyzy. Kazen Addy. Dia mau kawen bulan 12 ni. Tp xda gambar jgk d rumah ni sbb I KAN PEMALU! Sila percaya. Djamu dgn meehoon goreng. Aku dgn Addy share sepinggan. Xlarat uol!!

Lepas tu pulak p rumah mak Eles lagik. Hahaha... Kalah budak2 Assalamulaikum yg dtg berulang ulang kali sbb mintak duit raya. Kedatangan kami adalah sbb hari ni Mak Eles buat Mee Jawa. Sampai sana cuma aku dgn Addy jak mkn. Mak dgn bapak sudah bersandar.

Kenyang perut bole titun!!! Sbb mlm mo beraya d kampung pulak.

Sblm gerak mlm tu aku paksa Addy tny mak

Kalau xmo pakai baju kurung dgn baju melayu bole sik??

Mak Jawab

Boleeeee... ikut kau jak.

Seee!! Sbb tu i sayang mak mentua i. Beliau sungguh sporting.

Oh! ada bbq d kampung....


Geng2 xtukar baju dari pagi - Kak Amy, Mak & Aliya


Jumpa lagik dgn org2 smlm.


Muka puan rumah dan husband beliau (walaupun kdg2 masih xpercaya suda ada husband)


Kak Donna yg mesra camera.

Haaaa... igt lagik budak llaki yg mempunyai rambut panjang mayang mengurai dlm entry aku dulu??? Dia ni anak Kak Donna la.

Rambut Afiq sudah kena chop!



Boy pembakar mlm tu. Dia xpakai kipas tgn uolll. Dia kipas guna kipas angin a.k.a stand fan


Of course la ada sesi gedik2 amik gambar kan. Lgpun semua adalah poser berjaya.

Family potrait.

Semua org xtgk camera aku sbb semua org layan SLR jak skrg ni. Kita bila mo ada ni By?



Budak2 dan bapak budak lelaki pulak main bunga api. Ya la... masuk rumah semua xmuat kot. So pandai2 la bawak diri d luar.

Diketuai oleh Adib



Feeling2 new year pulak aku tgk bunga api diorg ni.

Advance kan bunga api skrg ni. Kalau aku tau mercun ni senang carik, time kawen dulu mmg aku pasang biar lebih gempak suasana kawen ku.

Lepas tu p rumah sebelah pulak. Beraya sambil sambung sesi GOSPEN and ambil gambar (mcm rumah sendiri) d sana.

Dayang berdrama.




Agak2 tuan rumah mcm boring mlayan kami, kami pun balik. Sambung tgk tv pulak. Mata aku time ni mmg mengantuk. Tp kasi chance org2 tua d luar tu bbual. Bukan slalu bole bjumpa kan. Tp mata aku seriously sampai tahap xbole bukak suda.

Depan tv. Zone kanak2 n remaja mcm aku. Agak2 ko xremaja bole p dapur.


Mengisi masa lapang....



Suasana masih meriah d luar.

Malam tu kami balik jam 12.30am. Tu pun lepas aku merajuk (mcm apa la g beraya pun sibuk mau merajuk) dgn Addy sbb aku mmg mengantuk gila babas. Baru la Addy berani ckp dgn mak pasal balik.

Sekian cerita hari kedua. Mau hari ke-3 pulak??? Xpayah la. Sbb xda gambar.

Ok. Babaiiii...




x.o.x.o

Thursday, October 1, 2009

Satu hari d hari raya....


Kami balik raya d pagi hari raya. Maka selamat la c Addy sembahyang raya dlm flight. Ok tipu! Addy xsembahyang raya pun. Jgn pulak ko pikir btul2 bole sembahyang dlm flight tu. Musafir bah!!

Kami siap2 pakai baju raya jam 4.30 subuh. Baju raya tahun lalu jak. Yang penting sedondon. Mula2 tu segan jgk mau pakai baju raya d airport skali byk geng daaa... siap pakai kain sampin pun ada.

Sampai kuching d jemput oleh CikRose. Makcik Addy. Gatal kan balik pagi raya. Time org sibuk time tu la jugak mau mintak jemput.

Sampai rumah, dmulakan dgn acara mkn. Semua suda tersedia. Btuah menantu hantu ni. Lapar ooook so xda amik gmbr pun. Semua selamat dlm perut. Anyway mari kasi bliur kamu. D rumah mak ada satay + kuah kacang, rendang, nasi himpit, lemang dan yg paling istimewa tahun ini adalah sup rusa. Ini penangan drpd mkn sup rusa@payau di tawau time kami kawen dulu. Xda la org tliur baca cerita seja xda gmbr kan. Nvm.

Lepas tu sesi bergambar

Anak gadis dan perasan masih gadis.
Sila maafkan muka baru bgn aku tu ya (sebenarnya muka mmg semulajadi bgitu)



Family Cik Rose minus pakcik Amer



The jejakas - cuma Kutey yg available tp underage



Mereka yg kekal romantik



The kids yg dtg membawa angpau. konon mo blanja ais kacang



Family potrait minus Kak Apay yg xbole naik flight sbb perut memboyot 8bulan.
Percubaan senyum tp tetap fake plus hidung kembang mcm bangga gila!



Then bila cukup corum baru la start sesi maaf2an.



Start dgn kak Amy & abg Ken


Ok... sesi bg angpau.



Budak kecik ni xmau salam aku wei. Angpau aku bagi secara paksa pun xmo. Sombong!


Then sesi gospen kata Usu Misot. GOSPEN = gossip pendek ya bapok2 skalian. Ni kes slalu tgk sinetron ni.


kusyuk. lepas ni p mintak maaf ok la kan. 0-0 lagik.



Aliff sedang mengejeck (bukan mengejek atau meng'eject' tp men'jek' arghhhhh! apa2 la) cik Rose. Dia buat pengakuan depan semua org yg


Nek Osh is my best fren sehidup semati!

Nek Osh paling cantik!

Tu dia.... kembang kuncup Cik Rose.


Then sesi ronda2 rumah. Aku glabah part mau p beraya ni. Sbb apa??? Sbb rambut aku la!! So aku pinjam tudung mak. Mak ckp

Haaa! tu lah! sapa suruh gunting rambut!

glupppp....

Mak bagi tudung ala2 ikin tp bermanik2 d kepala tu. Redha jak la.. Sekali aku tgk cermin.......



Mcm bibik jak rupa!


Mari abadikan gambar kenangan sempena hari pertama btugas sbg bibik.


Reject. Aku p korek2 beg carik tudung siti yg dbeli d jln TAR rm15 2helai. Colour xngam tp biar la. Kalau x nnt Addy dilihat dan difitnah berjalan bersama bibik. Mak ckp cantik. Aku pun tgk mcm cantik tp cuma pada 5minit pertama jak, bila start bjalan, bergospen semua tudung aku cantik ckit jak drpd tudung saji.

Rumah pertama rumah Wa Topek. Abg mak yg sulung. Tjumpa pulak sedara mara yg lain (yg xingin dtemui sbb rambut n tudung mcm haramjadah). Kena ketawa sbb kelihatan sungguh alim. Hahaha.. kurang asam kamu.



Usu misot, bapak n mak. Bila mak tukar baju ni???

Teka tgn siapa yg pakai baju kaler merah tu???

teka la!!!

tp xda angpau pun kalau btul.



tgk la tudung ku yg mcm *&^%$ tu!!!



tapi tetap posing for camera (sila maafkan saya dato siti)

Lepas tu p rumah Mak Alice tp family d Sarawak sebut Mak Eles. Duduk d lantai sbg percubaan untuk bersembunyi dari kamera DLSR c raziff anak Mak Eles.



Yeah! Percubaan berjaya. Dpt gmbar sipi2 jak.

Gendang gendut tali kecapi kenyang perut jom balik rumah.

Petang tu kawan Addy c Nazri dtg rumah. Soalan pertama lepas bg salam

Dewi potong rambut kah?

Ok! Fine!!!! I trasa babe. I trasa ni babe. Hidang air, amik PSP terus masuk bilik. Huwaaaaaa.......... Tiba2 aku berjiwa sensitip.

Malam?? Malam kami buat apa ah?? X igt la pulak. Xp mana2 kot. Kawan2 Addy dtg braya jam 2.30pagi. Aku xlayan pun. Aku layan mimpi......

Bah. Jumpa d lain kali!



Oh ya! ini jawapan teka teki teka tekok td.

**********************

*****************

*************

*********

*******

***

**

*
*
*
*
*





Ada yg btul??


X.O.X.O