Monday, December 8, 2008

hujung minggu yg indah...

Addy dtg jumaat mlm. Yeaaahhaaaa.. oleh kerana aku lapar. maka p la mkn d Bangkok. Ya di Bangkok. A'ah Tom Yam d cni lazat. Terima kasih Nazri Yahya a.k.a PakYa yg kenalkn aku tmpt ni.

Lepas tu tgk midnight movie. Tengok cerita 'twilight' d Queensbay Mall. First time tgk midnight aku x tidur. Tahniah kepada aku. Tp cerita ni mmg best. Cair tgk hero tu. Serius. Addy menyampah tgk kebimboan ku.

Sabtu bergerak lambat. Pukul 3.30 makan d Kapitan. Addy rindu mau mkn tandoori yg sungguh lazat itu. Datang Penang mmg kena MAKAN! MAKAN! MAKAN!

Lepas makan bergegas p Flora Fest. Ya. aku yg mengada ngada mau p cni ah. Sbb mau ambil gambar. Mintak puji kan?! Haha... Gila. Ok. balik ke cerita asal. Tp flora fest ni mengecawakan. Tidak seperti yg aku expect. Tidak berwarna warni. Mcm pasar tamu jual pokok2 bungan dan buah2an jak rasanya. Ciss. Gambar pun x byk. Nasib baik free.

floral fest yg xda bunga

Lepas tu direct p Pesta Pulau Pinang. Aku jugak yg mau p cni sampai paksa Addy dtg penang. Pesta ni selama sebulan. So siapa2 yg mau dtg penang sila la dtg bulan 12 ya. Best. Ada euro funfair (kami main euro wheel jak sbb dua2 lembik kalau naik binatang yg bole buat gugur jantung tu). Sungguh x rock. Ada byk kedai jual mcm2 dr brangan Thai, Indonesia (kain lace nya sungguh cantek), barangan kesihatan, Avon pun ada dan jugak pusat2 informasi kerajaan. Macam2 ada... Kaki sampai penat bah bejalan. But i had a lot of fun. Beli baju 4 bijik d Thai fair. Murahkan. Sampai merajuk la c Addy sbb dia suda kebuluran bah. Jam 12am sudah blum dinner.

weeee.... best!

Dinner d Padang Kota. Makan sotong bakar, sotong kangkung, kerang bakar (sedap gila) dgn nasik putih. Lapar sungguh manusia berdua ini. Alhamdulillah. Kenyang.

Pagi2 ahad kena p airport hantar Addy. Dia mau balik kch berhari raya. Sempt lagik breakfast d tepi jalan. Sedap jgk roti kawen nya ni. Serius. Terngiang ngiang rasa nya d tekak skrg. Sampai dak sempat amik gambar sbb suda selamat kena ngap.

1. roti bakar yg suda selamat. 2.tetamu open house aidiladha ku 3. korbanku 4.menu raya

Isnin hari raya korban. Aku pun berkorban dgn beraya d plant. Lepas tu jalan2 d Queensbay Mall. Amik gambar lagik. Sabar la technician ku tu. Haha..

Itu la seja cerita ku.

No comments: