Friday, August 28, 2009

Bye2 Penang...........


Hoyeeeee!

Jumaat!

Aku suka btul la bila hari jumaat. Mlm ni aku blah p KL. Xdpt p awal lagik sbb tiket 6.30pm suda abis. So beli tiket 8.30pm jak. Sampai KL around 1.00am!! Lamanya dlm bus......... Buts dats d price to pay sbb masih sayangkan kerja. Ya lah.. kalau xkerja sapa mau bayar hutang piutang aku ni. Best nya jd penghutang. Bole kerja sampai tua! ;p

Kami berkira kira utk balik Kuching esok. Sbb kak Amy ckp mak sakit. Jatuh d bathtub. Patut la aku resah gelisah bbrp hari ni. Tp xconfirm lagik la. Tgk la dulu. Sbb on monday, aku kerja.

Bye2.... Penang!


ps: mau pujuk Addy supaya benarkan aku highlight rambut. hoyeee.



Thursday, August 27, 2009

Bbuka puasa..

Hari ni buka puasa d rumah mcm biasa. Beli Mee Goreng & Bubur Kacang Hijau. Bancuh air soursop yg dbeli d cosway (bkn ahli cosway ya) smlm. Pencuci mulut pulak apple with thousand island dressing. Almost perfect but kurang sesuatu.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Suami xda.


ps: maaf entry merepek.

SELAMAT BERBUKA!!



Jom Balik Raya!!!


Kamu sudah beli tiket?? Sepanjang minggu ni (padahal baru pikir hari isnin) aku n addy sibuk tgk website air asia n MAS. Gitu la budak2 yg d perantauan ni. Raya tahun ni aku beraya d Kuching sbb kalau tidak Addy mogok 5hari 5 mlm. Ok2.... fine. Jom beraya d kuching. Jgn nangis2!

Any kawan2 bloggers atau siapa2 yg terkebetulan terbaca my blog ni sila la dtg beraya d rumah mentua i. Serius ni!!! Sis Bimbo balik kuching nak? dtg rumah kmk ah.

But sad to say, aku akan balik KCH pada 20hb. Ya... pagi raya. Sbb tiket2 MAS hari sblm tu sold out. Kalau ada pun 17hb. Hish... xberani aku apply cuti lama2. Sbb suda cuti-sakan-xigt-kerja-time kawen dulu kan. Ini pun kami ambil AA. Yg murah bah. Suda xmampu beli tiket mahal2. Maklumla now Addy kena beli 2tickets.

I know some might ask kenapa x ambil MAS dgn staff rate since Addy staff kan? With staff rate its only RM70 for return (if i'm not mistaken la) but with the condition ko kena standby la. Kalau ada seat kosong baru la ko bole apply. Kalau dulu2 (dulu la sgt pdhal last pun sama) Addy mmg amik stand by n dia berjaya jgk beraya d kuching every year. But dia kena standby d KLIA sepagi pagi nya and pernah stranded d aiport for about 1 1/2 hari. Berumah la ko d airport.

Actually i dont mind jgk utk standby. Bole mengeratkan hubungan gitu. Oittt! Ada hati bermanja d khalayak ramai d bulan puasa. Tp Addy pulak yg takut lebih2. Takut bini dia yg cengeng ni nangis d airport nnt. Dia jgk yg susah. Cheh!! Kan baik kalau ckp takut bini yg cantik ni bersusah payah berumah tangga d airport. And ada lagik condition, mayb kalau standby aku dgn Addy xdpt naik same flight depend on the seat availability la kan. Addy can apply for jump seat. Aku xbole.

So lepas pikir2 smpai sehari smlm, Addy (Addy ok bukan aku) decided utk beli tiket AA on the raya day itself. Sampai Kuching jam 8.55am. So aku akan sampai sana lepas rakyat2 semua selamat solat raya. Harus kah pakai baju kurung siap2? N hopefully AA jgn la buat hal delay2 kah apa. Mau jgk aku mengamok d LCCT nnt.


i love them!

Deep down inside aku rasa x gembira with our (tiba2 our, td ckp Addy jak) desicion utk balik pagi raya. Siapa tolong mentua aku potong2 bawang, Susun2 kek lapis (ohhh! hebat. bole mkn kek lapis sampai lebam), Cuci2 periuk semua??? Siapa pulak mo tolong bapak mentua aku kemas2 rumah, tukar langsir, mop2 lantai etc etc?? Rasa bersalah ni. Sudah la aku sudah curi anak bujang diorg yg seorg ni. I was thinking of balik on any weekend to c if my in laws need any help kah apa. But Addy asked me not to worry. Aku kah yg terlebih lebih ni? entah2 in PIL aku relax jak.

Should we should try our luck with MAS on the 19th?

Mcm mn dgn Penang-KL?? Jalan raya jam teruk kah? I never experience bab ni sbb sblm ni amik flight direct Penang-KK. When i should buy the bus ticket?



Tuesday, August 25, 2009

Gambar suda siap!!!

yeah!!

Gambar from both photog d Tawau n Kuching suda siap. Xsabar mau tgk album kawen!!!

Yg lagik best, album besar-gedabak-berat mau mampus tu akan dpost oleh Taufik dari Kakikandid kepada kami secara FREE!! Hoyeeeee! So siapa2 yg d tawau mau carik photog sila la carik Kakikandid!

Utk d kuching pulak, photog adalah Bob, cousin Addy sendiri. Cousin2 xbermaksud free ok. Business is business. But lebih senang mo communicate la. Semalam Addy suda p ambil CD dari rumah ngah Nona. Tp Addy ckp CD tu adalah slide show.

Heh???!!

Aku nak putar d mana slide show tu??
Aku mau tunjuk dgn siapa?
Apa2 la. Xsabar aku mau tgk.
Walau pun aku sedar 1/2 gmbr tu aku xsuka sbb double chin!

ok... mari kita sama2 tunggu!!




l.o.v.e

Buat apa Lunch Hour?



Kamu buat apa lunch hour?


Dolu2 time masih kerja MTU aku n Syakirah akan kunci pintu opis then ZzZZzZzzz...
Technician kami yg sorg seja tu pulak amik port d surau.
Boss???
Boss tu apa?? hahahha...
boss aku adalah boss paling best d muka bumi.
kami balik kerja jam 4.30pm.



Time aku d kerja d Kulim pulak, aku p kulim business centre. P surau then zzZzZzzzZZ....


Last year aku lepas d library. Sbb bole baca magazine free sambil beraircond. Tempat kerja ku xda aircond bah. Kadang2 tulis kad raya sbb post opis depan library. Kadang2 kalau jumpa port best, aku zzZzZzzz...


Tahun ni xtau mau buat apa suda ni. Since smlm aku balik rumah. Buat apa? zZZzzZzZzz.... Aku tau benda ni xbaik. Mau jahit manik. Tp aku xda pun buat baju raya. Hey!! aku xda baju raya lagik ni!!


OK babai..... aku ngantuk suda.






l.o.v.e

Ramadhan Puan Tom

Salam,

Selamat berpuasa semua blogger dan pembaca blog ku (yg sekangkang kera) skalian. Aku tau aku lambat wish. Sbb nya aku baru ada masa mnghadap laptop and bertenet.


mulakan dgn muka tuan tanah bbrp ketika sblm bgelar puan dsnap oleh bakal suami (time tu la) d tawau

Tahun ni kan tahun pertama aku berpuasa dgn status puan besar a.k.a mem. Dengan gigih nya aku ambil bas lepas kerja hari Jumaat lepas. Xmo terlepas bersahur bersama suami bah. Sampai KL around jam 1.30am. Lambat btul bus tu. Bikin seram pulak tu sbb dlm bus tu ada 4org penumpang jak. Terbayang aku bus tu membawak hantu2 ke KL. Kan bulan hantu katanya. Kot2 la hantu tu mau jalan2 d KL kah. Heiiiiiii!!! seram2. Tp..........
.
.
.
.
.
.
.




Sekarang kan bulan Ramadhan Al-Mubarak. So xda la hantu!!



Malam tu aku xtidur pun sampai sahur. Hah.......... ni misti pikir lain2 ni. Mentang2 la aku baru jak terjumpa dgn laki ku. Adalah kejadian sebelum tu. Sampai berpeluh peluh aku. Hah! Jgn bayangkan yg bukan2. hahaha. Nnt la aku buat entry utk kisah yg membuat jantung ku berdegup kencang dan peluh jantan ku mengalir laju. Kalau aku igt la. hahaha...

Sahur pertama aku cuma masak sup telur n sotong dalam tin. Hahaha... Hebat kan. Mcm best seja rush pegi KL konon masak utk suami. Dont blame me ok. Sbb aku sampai suda jam 1.30am, mana ada pasar bukak. 7-e adalah. So itu jak benda yg ada dlm icebox yg blum expired. Benda expired berkulat byk la dlm ice box. Yg penting laki ku merasa jgk masakan bini nya ni.




Utk berbuka, aku masak ketam masak pedas (aku xtau bah nama resipi tu so suka aku jak aku letak masak pedas) n bendi masak paprik. Pembuka selera adalah jus avacado yg dbuat oleh Addy. Perghhhh!! Nyaman eh. Kalah jus alpukat d waroeng ayam penyet. Terima kasih dgn org yg hadiahkan blender tu. Mmg itu la yg aku harap kan dari awal tahun. Skrg aku tunggu org hadiahkan microwave pulak. hahahaha....


pasangan yg bg blender

Sahur tu aku buat nasik goreng black pepper. Banyak la jgk c Addy mkn. Nikmat weiiii tgk laki kita mkn mknn yg kita masak. Suka nya aku tgk dia mkn.

Bbuka ahad ptg tu aku masak d bazaar seja. Hahaha.. Xsempat bah sbb ari tu pigi KL. Beli Handphone company. Handphone company ku suda hilang d curi org. mcm apa la org mencuri tu. Hp muuula (murah) tu pun dia mau ambil. Tp nasib baik la hp murah. Xla parah aku mengganti. RM138 jak.

Oh! ya, siapa tau bazaar ramadhan taman tun d mn? sbb ari tu kami mencarik xjumpa pun. last2 membazaar d mutiara damansara la jugak. Itu pun lumayan ooo. Sekali kalau membeli d baazar ni mmg RM30++ kan. Perghhh! Kalau hari2 membazaar mau jgk RM900. Xsempat save duit utk raya.


we are family!

Tgh malam tu jgk aku kena balik Penang. Xbestnya!!!! Skrg aku rasa Penang dgn KL jauhhhhhhhhhh btul.

-Sigh-




l.o.v.e

Thursday, August 20, 2009

Gambar bikin lepas kempunan kamu.

Yuhuuuuuuuuuu,

Oleh kerana aku blum dpt gmbar dari photog, aku tepek la pic hasil ihsan kawan2 n hasil mms aku kepada kawan2 jugak. Ini seja la ya. Sila2 jamu mata.



07/08/09


Lepas nikah. Masjid Al-Kauthar Tawau.

Aku suka baju ni. Ini baju aku sendiri. Aku feeling2 mcm Ekin pulak. hahaha... Addy pun handsome la time ni. Jatuh cinta kali yg ke satu juta time tgk dia. Lebih2 lagik dgn lipgloss dia tu. perghhhhh! Mak
jatuh cinta!!!




08/08/09


Sanding d rumah.

Gambar ni ada bbrp org suda tgk. Sbb time aku memboring d pelamin aku ambil gambar ni n mms kepada bbrp org kawan. Kalau ada yg xdpt tu, aku mintk maaf sbb aku baru tukar phone so no kamu blum transfer lagik. Bah, tgk la d cni puas2.

By the way, ini baju bugis!! Aku suka la baju ni. Except utk benda alah d kepala tu. Gila la berat.




Ini gambar malam pulak. D dewan. Aku xsuka baju ni tp mak handam aku tu xbyk baju. Sudah la x byk, buruk2 pulak tu. Style lama. Cheeetttt. Tak bunga Citra Lestari sungguh la!



Ini time malam tu jgk. Utk potong kek yg cinonet sbb aku mmg xmau kek besar2. Kek tu xda org makan pun lepas tu. Dushhhhh... kena buang.




Aku adalah pengantin xda disiplin. Time atas pelamin aku sibuk amik gambar pakai hp then mms dgn Angel. Exclusive gitu.





15/08/09

Ini gambar d kuching pulak. On the way to Dewan

D Kuching pakai satu baju jak. Baju ni koleksi peribadi aku jgk. Mau tgk full baju?? Sila dtg lain kali. hahaha...

Aku suka mekap ni. Tp dlm gambar mcm ratu fonen terlebih botox jak. In real life, sampai malam aku xbasuh uolllll! Bulu mata 2lapis... Tp bulu mata kena return dgn mak handam semula. Xsempat i feeling2 Kris Dayanti. Tp paling best of course la lip gloss Addy. Ngaauuuummmm!





p.s: thanks angel sbb upload pic2 i.
p.ss: Thanks pada kawan2 yg datang. I lap uol!!


Yg xdtg tu, pakcik posmen sedia menghantar pesanan kalian. hahaha....



Mari la aku sebut kawan2 aku yg dtg (biar diorg vangga ckit):
  • Ann Marie sayang!!! Thanks sbb datang dari KL tuuuuu...
  • Boy Gendut yg baik hati (aku bagi 20 invitation card tp ko dtg sendiri jak. Ko buang kah apa card2 aku tu?)
  • Donat. Lama xjumpa. Glad to see u dgn perut boyot!!!
  • Johan, Kelvin and Justin (Ini kawan2 Addy sbenarnya tp tiba2 pulak aku mengaku kawan2 aku sbb diorg bagi hadiah lumayan. huahuahua)
  • Mokhsen, Geraldine, Freddie and Felix sbb dtg n memeriahkan majlis! n for the cook book. Sangat membantu ok!!

Ok. Sekian..... Jumpa lagik lain kali!!




Hi... Nama saya skrg ialah Puan Tom.




Pada 07/08/09 selepas solat Asar (lebih kurang jam 4pm), dengan dua kali lafaz (cheeettt!!) aku sah menjadi isteri kepada Mohamad Addy Faddly Bin Bujang.


Wehooooooo!!!!!!



Untuk sesi warming up, sila tgk gmbar di bawah ni.
Gambar2 lain coming soon.
berapa soon??
i dunno.


Perempuan cun tu membuat incik Addy xkeruan terus salah sebut nama bapak aku. Pdhal sblm tu sudah trial 2kali depan kadi.



Mas kawen berupa wang syiling simpanan incik Addy.


Ok... sudah2. Aku mau masuk tidur ni. Sejak kawen ni awal pulak aku ngantuk. hahahaha.....



Untuk suami ku;
Happy Birthday sayang. (hari ni 20.08.09 bday suami i uolss)
Wish u were here.
So that i bole bagi hadiah special. (apa ko pikir?)
Hmmm.... tunggguuuuuu...

Love n miss u by!







p/s: kasi chance org baru kawen buat entry gatal2
.