Sunday, December 28, 2008

Tadika ku

Skrg sy rasa boring. So izinkan la sy membuat post ni. Saja.. down memory lane.


Zaman sy kecik2 dulu, tadika amat la limited edition. Bukan mcm sekarang ni. D area perumahan pun ada 1-2 buah taman asuhan a.k.a tadika. Warna warni siap ada ultraman lagik tu. Pergh.. Anak buah ku nangis mau p sekolah pikachu tp xda. Hahaha..

Sikul sy
Sy bertadika d TASKI ABIM Tg. Batu Laut. Yes peeps.. Sy sekolah ABIM yg mana sy uniform sy adalah jubah kaler biru dan bertudung litup gitu. Walaupun jauh tp itu la tadika yg paling dekat dgn rumah. Sekolah sy adalah sebuah balairaya tepi jalan yg byk ulat gonggok (yg sy panggil kaki seribu) dan sudah selamat drobohkan.

Setiap kali pulang sekolah sy akan melepak d rumah org sementara abg sy mempick up sy bila dia balik kerja. Nenek (rasanya suda arwah) jemput sy balik dr sekolah setiap hari. On the way tu limpas la siring2 rumah org. Jalan kecik. Yg paling enda dpt lupa terjatuh dlm paya/longkang yg bau nya sungguh hazab. nanges sampai ptg. Misti tensen kan durg jaga sy. Hahaha...


Sbb lepas tu sy tidak d jaga oleh durg lagik. Sy berdikari naik bus sekolah. Tp makcik bus pun tensen dgn sy jgk. Sbb setiap hari TANPA MISS sy akan MUNTAH dlm bas beliau. Hahaha... Mabuk la sebab makcik tu amik sy straight lepas sekolah (permintaan mama' ku supaya anak beliau ni tidak merayau rayau dan mnjadi kutu lepak atau pun bohsia) tp hantar sy terlast sbb jiran kan. So one shot la. Sebab tu la beliau pun xmau m'hantar sy lagik lepas tu.


Besfren?
Sy x igt pun kalau ada besfren. Tp sy igt brp nama la. Masnah, Qudri, Nazri, Azrul, Sudirman (anak buah SIL sy merangkap mangsa buli sy yg selalu nangis sbb sy xmau kawan dia dan suruh adik dia pulau dia jgk). Itu jak yg sy igt. Tapi kalau sesiapa berjaya mjadi artis atau YB, sila contact sy semula. Kita kan bestfren...

Kenangan tadika?
Hmmm.. Time rehat kami akan pigi rumah c Azrul. Sebelah jak dgn tadika. Mintak air sejuk. Hahahaha... Lepas tu time rehat kami main kejar2 sekeliling balairaya sambil bukak tudung. Ustazah x marah pun. Tp mama' ku yg marah sbb pin2 tudung misti hilang.

Lepas tu ada kena bagi makan. Tp semua mknn ustazah bg sy xsuka. Xsedap! Mee mcm dawai!! Biskut? Yuck. Kecik2 sy blagak. Xmkn biskut kering ok. Bg air milo. Yuck! Tasteless milo. Tp sy takut bgtau ustazah mknn dia xsedap. Bukan jaga hati dia, mana ada budak2 pndai jaga hati ooi. Tp sy mmg takut. Sy rasa kalau xmkn tu mcm melanggar peraturan sekolah jak. Maka setiap hari sy akan buang air milo tu dcelah celah lantai kayu yg amat luas celah nya itu. Mee pun sy buang. Semua la sy buang. Satu hari sy kantoi. Ustazah marah sbb membazir tu sifat syaitan. Sy takut! Sy nangis. Xkan sy bertukar jd setan. Sy xmau!!! Lepas tu ustazah xbg sy mknn lagik. ;p Boring btul tgk org mkn mknn yg xbest tu. Eiii.. tiba2 terbayang milo ustazah yg bau semacam tu.

Ada satu tragedi sy xmungkin lupa dan satu budak ni xmungkin lupa jgk. Sy tensen kalau main police and thief tu sy kena jd police. Lagi2 kalau pencuri tu lari ala2 atlet. Warghhhh! bikin panas. Satu hari semasa sedang btugas, sy berjaya menangkap seorg pencuri. Pencuri tu main kasar. Dia cuba melarikan diri. Rasa mau tembak tp pistol xda lagik. Sy pulas tangan dia. Sila bygkan org pulas baju utk djemur. Tiba2...

crack...

budak tu nangis. Tangan dia bunyi apa tu.. Arghhh... sy kan polis. X takut pun. Sy marah dia!! hahaha...

Besok nya, makcik budak tu (sy masih bole igt muka makcik tu smpai skrg) dtg. Dia marah sy! marah ustazah! Lepas tu budak tu pindah sekolah. Wah!

Tp budak dgn makcik dia muncul kembali menghantui hidup sy suatu masa nnt.... nama budak tu Hasnidah Hamid.








LaQueen: Kawan2, ustazah2, makcik tmpt ku menumpang dan makcik bus.. sila contact sy. mari kita buat reunion bulan 8 nnt. Jgn takut. sy tidak buas lagik. Sy jinak!!

1 comment:

Daddy + Mummy said...

c hasnidah? Hahahahaha!