Friday, April 20, 2012

Holla...........

After a year, tonight i feel like sharing my labour experience here. ;p This entry was put in the draft since 14/4/2011. 


31st March 2011. Khamis.

Semangat uol aku bgn jam 5am. Tau kenapa?? Hehehehe..... Sebab hari ni last free big breakfast McD!!  Destinasi: McD NKVE sbb xramai org kat situ. Tapi tu diaaaaaaaaaaaa..... Q panjaaaaaaaang woooooo. Free punya pasal, sila Q. Addy yang Q. Aku duduk diam2 update FB, upload gambar bagai.

Lepas makan, perut pulak sakit. Bukan salah makanan free tapi mmg sampai timing untuk menjamban. Harus menjamban dulu sebab opis bukak 8.30am tapi skrg baru 7.45am. Nanti tercirit pulak. Bye2 Addy..... Masuk jamban (tu pun mau cerita ;p). Tiba2..... Panic alarm ON!! Ada darah!!! Errrrkk.... Apa kah??? I'm not ready yet.

Y i'm not ready:
  • Sebab aku suka budak kecik tu tendang2 dari dalam perut. Which i rindu sampai skrg tapi jangan suruh aku preggy lagik skrg. Trauma ok!
  • Sebab i know i never alone. Ada jak budak kecik dalam perut teman aku time driving kah, makan kah, tgk tv sorang2 kah. Mcm la kalau kluar tu dia pandai nak tinggal aku pulak.
  • Sebab paling best adalah aku takut KENA GUNTING. Errrk! Dua malam aku mimpi kena zassss sebelum tu. Siap nangis2 tu.Drama queen kan.


SMS Addy, pick him up then to Pusrawi.

Terus naik wad sebab diorg mau check baby's heart beat & bukaan. Heart beat baby ok! Yeaaahhh! Bila part check bukaan tu i tell u sakit gila. Cucuk dgn 5jari tu....Rasa mau nangis babe. But belum bukak (bukak apa?? sendiri mau tau). They said early sign la tu. Tapi since belum bukak so maybe another 2 to 7days more to go. Phewwwww..... MC for today. Yeaaaaahaaa! Suka2... Kalau tidak, misti aku menapak d site lagi. Werrrrk!

Sent Addy back to Subang and off i go......... pigi mana? Giant! Sempat kan. Alah... ada 2-7hari lagi kan. Chill la! Teringin makan lala. So beli la lala & few barang dapur lain. Balik rumah, kemas rumah & relax sikit.

12.00pm keluar lagik. Kali ni lunch date dgn Addy pulak.We had Italian food at SS15. ;p

Balik rumah & sambung kemas2. Hari ni rasa mo kemas rumah tu sungguh mendalam. Sapu lantai, cuci toilet (sental 2bijik toilet ya adik2), lap dapur segala. Perghhhh! Kagum kan! Stor pun aku kemas skali. Pahadal since petang lagi aku sudah rasa contraction every 10minutes but as an unexperienced mum, aku pun tak pasti itu contraction kah feeling2 aku jer sebab tak sakit pun. Malu la pulak kalau terover exited kan. Malu pada baby. Addy balik pun aku masih bkemas, so suruh Addy tapau makan saja. Lala?? Kalau ada umur panjang kita jumpa lagi ya. Tak da mood malam ni sebab dapur aku suda berkilat uols. Jarang2 terjadi tu..

Beg baju baby & baju aku pun aku siap kan segala. Letak atas meja siap2 untuk masuk kan dalam kereta nanti. Actually malam ni aku ada janji dgn doctor d Pusrawi for my usual check up. Maklumla suda 38weeks.

On the way to the hospital aku suda rasa contraction every 5minutes. Tapi tak sakit pun. Masih boleh gelak2.

Doctor ckp" berdarah memang early sign tapi tak payah la nak panik. Maybe brixton hick. Kalau real contraction tak de nyer senyum2." Apa2 la doctor... Then i asked him about the kengkonon contraction tu. Kebetulan la pulak time doctor tengah pegang perut aku & baby bercontraction dowwwhhhh. So doctor suruh naik wad lagi. Another round of baby monitoring & kena sulah utk check bukaan. Kali ini suda 2cm...... Doctor adviced stay terus d hospital sebab takut balik rumah terpanic kena datang spital pulak tengah2 malam. Baikla!! Check in la kita. Tapi doctor tu cakap "esok jer la check. 1st baby biasa lambat. Lama lagi ni." Fine!

Eh! sambung nanti eh. Anak aku menangis ni. ;p

Ok. Ada masa baik aku taip laju2 sebelum memory card dalam otak aku ni kaput sebab anak aku sekarang ni selalu pulak terngek ngek. Adehhhh! Masuk balik dalam perut biar padan muka. ;p

Bila sudah check in. Suruh Addy balik rumah amik benda pentingggggg; CAMERA!! Hahaha.... Kengkonon untuk amik gambar aku d labour room & moment baby keluar dari perut. Lepas Addy balik tu, aku boring gaban ko. Channel tv ada tv1 jak. Uwerrrgh! Mata pulak belum ngantuk, so mau buat apa la ni? Aku pun decide untuk berkawad depan kaunter. Hambik ko......

Time kawad tu terjumpa satu perempuan yang sama macam aku. Tunggu time beranak jak. So berkawad la kami bersama sama sambil ditemani mak perempuan tu. Ni kira anak ke-5 perempuan tu. Perghhhh! Kagum2. Masih muda suda masuk 5.

Dalam jam 12.30am Addy datang dengan pakcik makcik dia. Maka berbual bual la kami. Kaaaaaaaaaami la sangat padahal aku time tu muka berkerut kerut tahan sakit. Sakit makin kuat tapi still boleh tolarate la. Jam 1.30am kot diorang pun blah. Aku time ni tak sabar laaaa tunggu pagi. Kan doctor cakap dia check pagi esok. Macam slow gilaaaaaa masa berjalan. Nak tidur tak bole. Jalan terkedek kedek. Tapi fb tetap update! hahaha... Handphone tetap dalam gengaman ya. Time tu memang segala kegagahan, kekuatan aku kumpulkan sebab aku tak mau la nampak sangat macam loser. Ego tinggi!

Rasanya dalam pukul 3.30am tu aku rasa tak bole blah lagik. Sakit tu macam mau buat mati saja. Gila!!! Aku suruh Addy panggil nurse. Sementara tunggu nurse tu datang, perempuan geng aku kawad tadi terjerit jerit. Dalam kepala aku dah," Mak aiiiii.... Anak 5 pun menjerit. Mampus la aku" Ya Allah! Ampuni la dosa2 ku.

Nurse datang lenggang kangkung and check bukaan sudah 6cm. Jom pindah ke labour room. Hoyeeeeee! Boleh bersalin!! I cant bear the pain anymore. Loser pun loser la. Tunggu la nurse tu datang. Aik... Pasal apa tak datang2 ni?! Grrrr.... Asked Addy to call her. Nurse cakap tunggu bukaan sampai 10cm. Pulak dah!

Sementara tunggu 10cm tu, sempat la mintak Addy ambilkan air zamzam. Bila air zamzam datang, request for straw pulak. Kerek yo! Sorry la ya Addy, sebab time tu i was terribly in pain so everything that i request jadi macam arahan pulak. Camera?? hahaha.. Lupakan niat suci mu. Finally its 10cm!! what a relieve!! Sekali...

Tunggu air ketuban pecah then only doctor datang

To tell you the truth i was pissed off dah time tu. Aku siap suruh Addy panggil nurse tu and asked her to stay in the labour room dengan kata2 "aku bayar la for her service!!". Addy dah kecut dah tengok bini dia menggila. Hahaha... Ya la, i never have any experience before. I need advice and moral support from yang pakar. Bukan dibiarkan terkontang kanting begini. Addy never give up giving me support dan ingatkan doa2 semua.  

Dalam bengang2 tu aku push sampai POP!! My water bag pecah! Terkejut Addy. Wehhhhooooo... Now call the doctor babeyyy!

Proses teran meneran pun bermula. I follow the doctor's advice kalau push jangan bising sebab nanti tenaga keluar ikut mulut bukan bawah. Jadi yang selama ni jerit2 tu kenapa ha? Dalam tv pun kemain lagi jerit. Aku pun teran secara senyap. Comel jer. Eh! terpuji diri sendiri. Then i saw doctor took something. Gunting! terstop kejap proses meneran ku. I look at Addy. Addy tengok aku. Zup! mak kena gunting. huhu... Teran lagi! The baby's head keluar... but when everyone cheering me to keep pushing, aku stop. Penat dowhhhh... baby's head masuk balik. Lepas 3 kali kejadian tu berulang ulang, doctor give up. Huhu.... Itu la pertama kali aku dengar orang cakap dengan aku 

awak ni lemah semangat.

huh!
Doctor takut baby lemas. So he took vacuum. Alasan la tu! Nak charge mahal2.. hehehe.. Just kidding okay! Buat la suka hati engkau doctor. Aku pasrah! Sekali tarik, gluuuuuuup terus keluar la baby Aidan. Doctor pegang kaki Aidan dalam keadaan tertonggeng then show me his burung. I was too tired to smile but I really wish i could hold him & kiss tapi nurse ambil terus bawak p mana tah.

Lepas tu doctor vacuum uri pulak. Segedabak besar macam tapak tangan keluar. Then doctor picit2 perut untuk keluarkan darah. Aku tolak tangan doctor and said "sakit la!". Then tahan tangan doctor tu. Boleh? Misti doctor tu pun bengang dengan aku. Hehehe... 

Upacara jahit menjahit pulak. Panic mode on kembali! I asked the doctor

"sakit tak?"
"boleh tak kalau tak nak sakit?"

hahaha.. budus. Doctor pun bius la. He said he put extra for me since aku ni pelemah semangat. Sakit! Tapi aku sibuk nak tengok the whole process. hahaha.. Double stitch. Bila sudah selesai, nurse help me to put the pad yang ikat2 tu. Addy push aku balik bilik. I haven't see the baby yet but i dont really care because i am too tired to even sit. ZZZzzZZzzz.... 

Fiirst time hold Aidan, baru la terasa air mata jatuh. I am a mother now. I have my own baby. I do miss baby yang suka tendang2 perut tho. Rasa pelik sebab now perut aku tak bergerak gerak lagi. But damn, my tummy is still sooooo big as if i still hv another baby inside.

Itu sajalah cerita aku bye! 



X.O.X.O,