Thursday, April 2, 2009

double penat

Maju lagik. Kalau semalam hari berjalan. Hari ni merupakan hari berlari. Arghhhh!! benci2!! Serius la aku benci. Ko suka kah kalau pagi2 buta tatkala mata masih terglue dgn rapinya oleh taik mata dan taik hidung masih mengeras (arghhhh! ayat ni sungguh mengelikan la dewi) ko kena talipon. Bukan talipon anda jadi jutawan power root 'saya menang moto' ok! tapi panggilan talipon

dewi!!! TSS out of spec. N we dunno wat to do!!

WTFish?!!! Dunno wat to do? Wat am i suppose to do then?!

Bangun!!! Mandi!!! Oh! ya. masak air dulu sbb rumah ini xda heater. Kasihan kan. Tapi itu bukan dlm wishlish kawen ku ok. so jgn hadiahkan. Berlari lari buat2 sibuk ke plant. Bunyi nafas kurang ckit lagik mcm kuda.

Gila!! Lunch pun xsampai 30minit. Tu pun sampai 30minit sbb sempat online sambil mkn. Amalan tidak sehat untuk pemakan mknn bertulang. I relax jer... i makan rumput. xda la tulang sangkut kah tercucuk kah. tu la. jadi la kamu vegetarian. Murah ooo... online sbb ingin contact su mintak address utk kirim maxi yg dikirim dr feringghi smlm. Selalu tersasul panggil su ni kakak pdhal baru 26thn. Sbb dia guna gambar anak dia yg comel jd avatar. So i yg masih bujangan ni suuuuka la terperasan muda. maafkan i, but i mmg muda... tumpang lalu ya.


kesibukan bersambung selepas tu. Boss masuk. harus lebih sibuk. Cheeewah!! Bukan berlakon la. betul la sibuk. sampai kan memiliki 3 temujanji utk satu masa. Oh! hanya mampu penuhi 2 sbb badan tidak boleh duplicate. Lebih2 lagik temujanji itu adalah di 3tempat berlainan. PG7, PG8 dan alam siber. Eh!! alam siber jgk tuntutan kerja tau. Bukan jual maxi la!

Jam menginjak pukul 5.30pm. Gatal!!! mau balik!!! Cik Puan Customer datang. Insist pump yg sudah berkurun dlarikan tikus (aku tipu. aku tak tau pump tu d mana la. owner sblm ni letak mana xtau) dpasang hari ni jgk walaupun sampai malam. Sakit hati. Kami dari pagi berlari lari memenuhi permintaan nya dan mnjawab soalan nya yg selalu membengkak kan otak. Dia. Dia. Dia. wanita itu kadang2 aku rasa ingin memcekik nya sbb mebuat kan sakit kepala ku menjadi barah otak bernanah. Contoh soalan xberapa bijak dr perempuan itu

The hardware shop still open ah?
- when i was rushing to get the fitting for the pump at 6.30pm.
dlm hati: mana la aku tau bodoh!!!! dan bole jgn ckp begini?!! Buat lemah semangat btul la ko ni!!
mulut manis ku berkata: i hope i can make it. (sambil menghadiahkan senyuman plg manis sekali)

Is the pump ok? is the pump u gonna install can run?
kata hati: WTFish... kalau pump tu x ok. Baik aku biar tank tu xda pump drpd buat keringat aku install pump. gRrrrrr!!!
mulut manis: yes. the pump is ok. can run. (sekali lagik menguntum senyum)


Berlari pulak ke hardware shop. Carik fitting untuk pump. Cakap!!! Siapa mau bayar upah kereta aku ni?? Eh! tadi ckp lari. Kau mmg menipu la dewi. Ok! Aku berlari dr parking la. Ok apa!! Lari jugak tu. Untuk mendapati separuh drpd pintu kedai tu suda dtutup. Arghhh... sempat main limbo rock d pintu. Yes... bolos!! Tp uncle tu ckp

"aiyooo... itu pvc paip ah. tinggi ooo.. manyak balang. tak bole amik ooo.. nnt jatuh. lu datang pagi la"

Saat itu. Aku betul2 sebak. Rasa mau nangis! Betul weiii.. aku x tipu. Kalau x percaya tnya uncle motor yg park dpn muka aku yg hodoh sbb mata merah tahan air mata tu. Kalau aku xjumpa fitting tu, xdpt pasang pump, mcm mn aku mau berdepan dgn perempuan tu. Mcm mn aku mau balik. Kau mau aku tidur d plant?? Kejam btul kau, kalau kau ckp 'ya'. Tp kalau kau mau pun, aku xmau ok! Tp perintah perempuan itu tiada tolok banding nya. Xpernah aku jumpa system owner begitu.

Time berlari tu, aku merasakan aku layak join Amazing Race!!! Yeah!! Aku bole lari laju gitu!! Tp my bad temper cannot control one ahhh..

Kesimpulan nya aku stay sampai pukul 9.00pm. Pump sudah install! Perempuan tu suruh test simulate pulak. Hoi!!! Glue xkering lagik la. Aku masukkan jugak kau dlm tangki ni lepas tu tutup. Biar ko rasa duduk dlm tangki. Bikin panas! Aku x kira!!! Aku balik jugak!!! Tp xlah kejam. Aku suruh la tech aku test nnt. sudah test pun. bole run!

Skrg jari kelinking aku sgt sakit sbb berlari lari. Dia tersepit. Eh! jari kaki org pnggil mcm mn ah? Mcm jari tgn jugak kah? tp lucu la jari lepas ibu jari tu. Jari telujuk kah!! Hahaha...

Tukang urut dperlukan. Abg bermisai jgn gatal2 offer diri. I mahukan perempuan saja ok. Eh2!! kakak manis baju pink dgn tulisan 'gucci' versi pasar malam tp berhalkum tu pun bole blah ok. I nak tukang urut perempaun tulin. Paham!!! Xda org?? Ok la. Aku tidur saja. Dlm mimpi ada lelaki ensem dtg urut. Mimpi is beyond my control. So kalau lelaki ensem yg urut tu nasib la. lalalalaa.... i redha!

Selamat malam.



Mcm mn kah nasib ku besok? Adakah akan memecut? atau akan merangkak?









Salam dr perempuan P.M.S,

Tuesday, March 31, 2009

P.E.N.A.T

Yuhu..........


Hari ini HARI BERJALAN SEDUNIA
Bermula dari pagi.
PG12. Parking d hujung dunia.
PG8. Parking Rooftop.
Berjalan ke PG7.
Ulang alik
Tidak sempat lunch.
Petang juga sama.
Kaki sudah penat.
Aku benci jika benda ini terpaksa menjadi rutin.
Malam. Batu feringhhi night market
Dari hujung ke hujung.

Urghhhh!! aku penat.
Maaf tiada yg istimewa.
Hanya rasa gatal ingin mencurah rasa.
Terima kasih sbb sudi membaca.


Semoga aku cepat slim.
;p

zZZzzZZzzzzZzZzzzZZzzzzZZzzz........................


pssst: kat su. maxi anda suda dtemui.






Aku yg tidak menyintai mu,

New stock in Maharani

Hey guys,


I'm half asleep but i need to force myself to finish this. Yeah!!!!! Maharani have new long sleeve maxi sotck guys. Hope u'll find one..

Please click for larger view


Urghhh!! please ignore my sleepy eye. I slept 2.30am++ last night. N work like cow thru out the day. Resulting the tired eye that is so visible on the picture.


L.O.V.E ,

Monday, March 30, 2009

I'm back!!

Yuhuu....


Aku selamat touch down (ewah!) d Penang airport pukul 12.30++am tadi. Penat!!! Taxi pegi rumah aku rm39!! huwaaaaaa......

Sampai LCCT jam 1pm++. Lepas tu marah2 Addy sbb beliau membuat keputusan untuk amik kereta d rumah sewaktu sy menalipon beliau bahawa sy suda berada d LCCT. Oh ya, beliau pun baru touch down dari kuching tadi. Kenapa pegi amik kereta!! my flight kan pukul 5pm nnt. Just lepak d airport kan senang!! Grrrr.... Xpa2. sabar ko dewi.

Lepas tu direct pegi KLIA utk check in sbb aku MAS gitu balik Penang. Sekali lagik konfiden, e-number xpayah. Buat mcm Air Asia saja. bagi IC saja. but then diorg xjumpa nama aku!! Grrrrr....

OK2! mayb i was wrong.
Cuba check pukul 7pm.
Ha??? Xda jugak?!!!
Cannot be!!!

Kakak suda beli tiket ka??

Sudah la....
-budak tu mengecheck d kaunter sebelah pulak. siap bukak buku panduan gitu

Nvm.. i go and check on my email first.


Muahahahahahahaha.. ok! my flight was actually jam 11.50pm!!! Xguna btul ko dewi. Malu2... sila check in d kiosk saja utk menutup malu. Tp check in d kisok best ooo. boleh pilih seat suka hati. huhu.. aku jakun. Tp xbole la upgrade pegi business class.

nasib baik Addy bawak kereta. Bole pigi Alamanda. Kalau tidak mati kering beku d KLIA. So membunuh masa tgk movie Knowing.

The movie?? it was ok!!!! until the part ada UFO. Dush!!! NO UFO please!!! Bukan kanak2 untuk menerima kehadiran UFO di dalam sebuah movie. UFO hanya diterima dalam cerita agent scully dan agent mulder sahaja but it wasssssss so yesterday! Tp cerita ni best oooo.. Jalan cerita bagus. CGI pun berkesan.




Ada kamu sokong earth hour??



psst... gambar xda sbb bawak charger tp camera xbawak.


L.O.V.E ,

Friday, March 27, 2009

Tawau metrofulus...

Yuhuuuuuuu...


Ini siaran langsung drpd cc. yg semalam dgn yg td tu suda siap awal2. Skrg tunggu passport siap. aduhaiii berjanggut pulak menunggu ni.

Tadi makan d restoran toko Aminah (xpayah gugel sbb x berapa sedap jgk n sbb ia nya d tawau). Aku makan nasi (1/2 mangkuk hijau) , telur sepotong, sambal mangga seciput, pucuk paku sejemput + oren jus segelas. Bukan. Ini bukan diet menu aku. Sekadar mau bgtau aku kena charge RM8 untuk itu. Huh!!! Aku tiba2 menyampah.

Lepas tu tadi termiskin lagik sbb mau fax surat pegi imigresen Penang, kena charge rm7. Perghhhh!! lepas tu call imigresen penang, dia suruh hantar nombor lain pulak. Another rm7!! Chitttt!! Kenapa Tawau ni serba mahal!!! Arghhhh!

Ambil gambar passport rm10. Tergemuk pula. Lubang hidung pun menyerlah. Buduh punya tukang gambar. kenapa xbgtau yg aku sedang mendongak dan lubang hidung ku begitu menyerlah sekali. Ambil d kedai lain pula. RM12. Maklum la passport akan dgunakan selama 5tahun. Tidak mahu menanggung risiko dketawakan bapak2 dan ibu2 imigresen sbb gambar begitu selebet skali. Dan d cni diorg xbagi cd untuk gambar yg diambil. Cuma nombor. So kalau mau develop lagik, sila la ke kedai mereka semula. bijak2......

Oh tambang teksi masih murah. RM2 dari rumah aku ke town. Dr town ke rumah aku rm6 saja. Nasib baik.

Tadi waktu Q d bank, makcik dan anak2 nya yg berumur 2-4tahun Q d hadapan. Lepas selesai urusan diorg, makcik tu pun blah la. Anak dia yg kecik tu bole tny

mak!! mana duit?? duit!! duit!!
-sambil hulur tgn mintak duit


Wah! hebat budak skrg ni. Kalau pegi ATM suda pandai mintak duit. Tau2 jak mesin tu mesin duit.

OK. Itu saja laporan dari Tawau kota metrofulus ni.

Kepada yg bercuti, sis Bim n Chinadoll, enjoy ur holiday. Bukan main panjang lagik cuti kamu ah!!!



L.O.V.E ,

aku x ada hidung?? -propa

Hallloooooooooooooo....






Xda cerita pun. Motif entry adalah untuk menjaja gambar sahaja. Gambar yg dijumpai semasa menbongkar khazanah lama d stor. Begitu berharga!! Bg aku la. Kalau kamu jual mmg la xda org mau.


Booolat nya ini anak.

Anak ini diberi nama Dewi Maharani. Nama xbole blah. Hasil nya seorg anak yg berperangai xmcm dewi tp more to maharani. Demanding. Siapa suruh letak nama berhantu tu. Siang2 lagik tau maksud nama aku 'yg gila kuasa'. Sanskrit btul. Dlahirkan pada 5Jun1981 (baru tau last month) tp dalam surat lahir ditulis 20Sept1981. But i love 20sept more. Been living with dat for 27yrs. Susah mau tukar. Apa lagik thn ni 20092009 adalah hari raya puasa!! Dan insya'Allah suda ada partner utk beraya. Hoyeeeeee!! aku gatal!

Mama aku kalau tgk gambar dia misti ulang tayang ayat dia (mcm astro suka ulang tayang tp ini free. xperlu bayar. cuma tadah telinga)

Dulu Ani ni xda hidung. Mama' risau ko ni nanti kalau besar hodoh. Nasib baik suda besar ada jugak hidung.

Huh!! Kalau xda hidung mcm mn sy bernafas. Eleh!!

My family. Nenek, datuk dan moyang. Kamu ada gambar dgn moyang?? Ada?? nah!! jgn jelous.



Focus sikit budak gemuk ni!! Ada macam shiloh jolie pitt? hahaha.. ada hati rupanya.


Bersama SIL ku. Kenapa la mata tu begitu. Mmg fesen tahun 80-an kah?



Bersama anak2 buah.

Time ni baru mengecurl kan rambut. SIL ckp aku nangis2 mintak curl bila auntie cina lalu dpn rumah. Wah! salon bergerak gitu. Skrg nangis2 kasi rebonding. Begitu la manusia. Rambut lurus sibuk mau curl. Bila tuhan bagi curl, menggelupur carik salon rebonding. Budak lelaki kiri tu dgrnya jd pemain bola sepak bawah 21thn utk team Brunei. Apa2la... sbb aku tgk gambar dia yg terkini xbrp encem so buat2 xlayan la.



Bersama anak buah.

Dulu every weekend misti p taman, tepi laut, tasik taman gaya. Budak2 skrg, weekend sibuk ajak pegi town. Pandai tgk wayang pulak tu.


Huiyoooo. Sila kagum.

Form 5. Mula pakai tudung form 4 lepas masuk sekolah sains LD. Bebal!! Waktu mula2 pakai tudung, after habis 1 subjek tu misti bukak tudung. Satu kerja pulak kawan2 aku tolong pakai kan balik sbb aku xpandai. TERPAKAI tudung labuh sbb my neighbour yg jahit tudung tu pakai tudung labuh. perghhh! xpasal pasal. Tp i was comfortable with it. Bila try tukar tudung xlabuh rasa mcm lain pulak bole tgk tgn sendiri. Ewah!! So sampai abis SPM aku pakai tudung labuh tu. Tp pegi prep tudung kecik la pulak. Apa nama tudung pemes tu?? tudung bosnia gitu. Skrg?? hantu btul. Arghhh.. insaf2.



2003. UMS jetty

Nampak kurus. Tp jendul tu xbole blah btul. Xpa, org ckp jendul tu tanda org pandai. tgk tu jgk. aku ada hidung bah.


Ok!! kamu perasan kah??? sejak kecik aku pakai skirt saja. Xpakai seluar pun. Sbb parent aku xda anak perempuan. So aku dlayan betul2 mcm perempuan. Walau pun perangai mcm hantuuuu. Brg mainan aku pulak dbeli 2set sbb aku tamak. Satu set aku akan main dan satu set lagik aku mau gantung d dinding. Aku banyak mainan sbb aku selalu buat2 lupa dgn mainan lama. Ala2..

eh! ni mainan sapa ni?!! Ishhh!! bukan aku punya. Gila x uptodate la!! eiiii..
(sambil tolak2 dgn hujung jari kaki) - tolong tampar ckit budak ni!!


bah. sekian...



L.O.V.E ,

Thursday, March 26, 2009

Oh ibu!!

Yuuuhuuuu....



Yeah!! posting hari khamis. Magic? xda la pun. Bodoh jugak soalan ko ni Dewi. Owhhh! ok.

Xda cerita. Mok letak pic ni seja. Godam2 hari ahad jumpa gambar ni. Teringat dgn mama' ku. Best nya dpt peluk mama' skrg ni!! Jangan jelous.

sehat nya pipi aku.

Ari tu aku balik kampung time raya 08. Kalau raya memang aku yg kemas rumah. Dan kalau aku yg kemas tu beware la sbb aku akan buang segala harta karun mengarut yg mama' aku kumpul tu. Bunga telur dr org kawen pun dia kasi pasu. Pasu sarawak kecik2 yg sumbing2 ckit pun masih lagik dia simpan. Adui bah... Sentimental btul.

Sabar mak, menantu mama' nanti org Sarawak.
Kita paksa dia ganti pasu2 mama' yg sumbing tu ya.
Skrg buang pasu2 tu!!!

Time kemas2 tu terjumpa la gambar ni d ruang tamu. Aduh!! berframe lagik. Malu!! warghhhhh!! habis tu siapa2 yg dtg rumah kita tgk la gambar ni!!?!! Eiii... Mana bole tayang ni. Ni kan koleksi peribodi katanya <-- jawapan macam artis gitu. Skrg gambar tu dlm bilik mama' jak. jgn berani tayang2. nanti ada org terpikat mau buat menantu. Susah. ;p

Pssstt.... teka aku buat apa skrg???



L.O.V.E