Tuesday, September 16, 2014

Balik kampung sehelai sepinggang.

Kalau ikut syaratnya, kena balik kampung di bulan Syawal. Tapi busy la pulak mengejar duniawi, so mari la kita balik sempena hari Malaysia.

Flight 7am, Sabtu 13 September 2014 kata Addy. Disebabkan aku sudah gering 2 malam berturut-turut, maka kerja mempacking dibuat dalam keadaan terpaksa. Kalau tak buat, nak pakai apa pulak aku nanti. Siap berselubung bagai pakai comforter ok mengemas. Itu pun 4am aku buat.

Settle kemas beg, kena kemas kan diri pulak. Budak-budak tu tukar pampers dan baju jer. Kalau nak mandikan bebudak tu,
harus ada adegan aku transform jadi naga dan anak aku sure bertangisan. Koser! Dah lah aku sakit. Itu pun Addy yang urus diorang. Aku? Kan aku tulis tadi aku kemas baju. Kemas beg anak, buat susu, pampers semua Addy. Kata sakit. Hehehe...

Settle mandi dan pakai baju, aku terus masuk kereta, duduk tempat penumpang. Naik kereta aku sebab kereta Addy dikhutiri kena isi minyak pulak halfway. Tak larat lagipun dah pukul 5am.

Dah sampai Putrajaya Sentral, Addy tepuk dahi. Aku try control perasaan. Sebab lately aku memang out of control sikit. Kesian laki aku. Tak! Aku tak mengandung. Hahaha... Back to the topic. Addy ckp "beg dalam kereta i. Lupa nak transfer".

Hahahaha... Tu jer la mampu. Nak balik ambil confirm tak sempat. Kalau pun sempat, aku tak larat dah. So aku bagitau Addy yang aku nak balik Tawau jugak. Malas nak pikir la. Kepala aku dah start nak pening balik dah ni.

So balik Tawau la kami sehelai sepinggang. Ahkak ni mekap takde langsung. Cheh! Mekap pulak ahkak risau eh, padahal seluar dalam pun takde. Takde la, cakap siang2 nanti kawan2 yang tengok gambar 360 ahkak d fb tu tak terkejut tengok muka seposen ahkak yang real. Ok tak?

Syukur sangat sebab anak2 aku pun sangat memberi kerjasama sepanjang kedaifan kami. Kat KLIA takde jual susu hatta pampers sekali pun. Ker aku yang tak jumpa. So i slow talk to them. Jangan mintak susu. Jangan berak. Yes! Kedua-duanya berjaya! Maybe travel awal pagi so diorang masih mengantuk. Paling takut kalau berak sebenarnya. Tak pasal-pasal masuk paper ahkak nanti sebabkan kapal terbang berbau. Ahkak dah riki dengan pramugari, diorang takde pampers. Seingat ahkak, dulu ada... Well bertabah la MAS. Eh!

Itu jer la ceritanya! Sekali lagi kalau sesiapa tertengok sosok ahkak di Tawau dengan muka horror, rambut mak Limah dan baju yang tak glam, harap paham la ya.. Glam ker selama ni pun? Macam salah jer perkataan aku. OkBai.