Wednesday, March 19, 2014

Bila tak da duit tapi gatal nak bercuti.


 Haahaha.... Itu la tajuk post kita hari ni. 

Sebenarnya aku gatal nak bercuti!! Macammmmmmm lama gila tak bercuti. Last bercuti pergi Dubai bulan November tu la. First n last untuk 2013. 

Beberapa tahun dahulu rajin la jugak aku menggodek website AA bersengkang mata time sale. Ada la aku memBangkok, Bali, Jakarta dan beberapa tempat lagi yang burn. Sekarang ni aku......... aku godek jugak tapi tak beli. ;p

Plan asal tahun ni nak p Australia. Bawak mentua sekali. Bawak jalan-jalan bersejuk-sejukan. Adalah jugak beberapa malam aku bersengkang mata survey harga hotel & tour. Akhirnya... Itu bakal disimpan di fail KIV.  Satu hari nanti.....

Plan kedua adalah Dubai. Hehehe... Adalah hajat aku ke sana. Ya... aku nak beli abaya banyak-banyak. Maka bersengkang mata la aku melakukan survey lagi. Hotel agak mahal. Untuk bilik triple riban jugak la. Harga before tax macam murah jer (300-400++) tapi lepas campur tax terus rasa nak hempas diri. Mula2 plan nak pergi 2 malam jer. Budget macam lepas la... Bole la cuci-cuci mata. Bye-bye abaya. Setelah melihat jadual flight MAS, flight sampai 6.20pm. Der... kau nak buat apa dah sampai malam-malam tu. Penat pulak. Tidur la. Membazir dah sehari aku. Hari last tu tak boleh berjimba sangat sebab flight 7pm. Kena tinggal 3 malam baru afdal ni. Makan pulak each meal dlm 30dirham/person. Errr.... berapa kah jumlah duit yang saya perlu ada sekarang ni? Setelah ditimbang tara.... tara ku cha cha... maka itu pun boleh jugak di simpan dalam fail KIV kita.

Dah semua aku tak mampu.... aku nak gi mana ni????!!!!  Takda duit tapi ada hati nak ke over the sea kan. Very the over.
 
Hari ni aku google Hotel di Ho Chi Minh. Wahahaha.... Murah tu. Total hotel price untuk dua malam dalam RM300 jer. Seronot rasa hati. Maka.... ke Ho Chi Minh la kita. Lagi pun mak mentua aku dah lama bagitau dia teringin ke Ho Chi Minh ni. Ho Chi Minh aku datang.........

Aku plan nak pegi 5-7 April. Oh! sebelum tu kena renew passport dulu. Ranap!





 suka mengomel,