Friday, July 18, 2014

Pre-raya punya cerita.





 Hola...

Jom cerita pre-raya.

Raya tahun ni kalau ikut penggiliran, turn balik Kuching tapi sebab family mentua aku nak beraya kat KL, maka beraya la kita ala2 urban gitu. 

Tiba-tiba aku dengan Addy gelabah. Hahaha... Yer la.. Rumah aku masih nampak macam baru pindah minggu lalu. Tak settle-settle jugak aku mengemas. Dasar! Family Addy nak datang ni. Aduh! Gawat!! Eh! Aku gumbira jer diorang nak datang cuma malu...

Baju raya aku, pakai yang beli kat Vietnam jer la. Ada 2 pasang. Satu kaler Turqiose & satu lagik pink. Baju Sophia pulak ada 3 helai. Satu pink polkadot, satu pink bunga2 & satu lagik dress gitu kaler biru (ni kakak ipar aku buatkan). Aidan ada satu jer. Kaler turqiose. Addy ada banyak (5 kot) tapi takde pun colour seperti yang disebutkan di atas. Aku rasa tema tahun ni... tak yah nak bertema sangat la! 

Kasut raya, semua tak de. Giler sedih pulak aku rasa. Esok nak pegi carik kasut Aidan & Sophia la.  Aku tak per.. Addy pun sadis jugak ni. Dah lama kot dia tak beli kasut. Takkan nak pakai kasut crocs (pasar malam) dia yang seumur dengan usia perkahwinan kami tu?! 

Eh! Aku baca kat porem & facebook, ada beg raya eh? Seriously aku baru tau, beg pun ada beg raya. Selama ni aku tau baju dengan kasut jer. Kagum ai! Malangnya mampu kagum jer la. Nak beli nya tak mampu. Hahaha...

Langsir & perabot raya? Kim salam! Adalah beli sikit-sikit kat Ikea sale hari tu untuk memeriahkan rumah. Tapi yang kecil-kecil jer la. Habis besar pun coffee table jer. Nak besar lagi, kita kena tunggu pokok aku berbuah duit. Time tu aku tak shopping kat Ikea dah. 

Kuih raya? Aku tak pandai buat kuih. Tak berapa nak makan kuih dan pernah berkuih raya lah pun rumah aku ni. Tahun ni kakak ipar aku cakap better beli kuih raya sebab kan nanti mentua aku nak beraya kat sini. Nampak la sikit macam raya. Hmmm... Baiklah! Kita beli kuih raya pada malam jer nanti. Kan ker ada lelong kat Jalan TAR tu. Dasar cheapskate. Hehehe.... 

OK lah. Selamat raya semua! Hati-hati di jalan raya! Merasa la korang kesesakan trafik nanti. Aku relax jer duduk rumah.