Tuesday, March 26, 2013

Hai... I am a mother of two. Behind the scene.



 Salam 1 Malaysia...;p

Hari ni hari ke-2 aku kerja selepas cuti 2 bulan. Pasal apa cuti sampai 2 bulan? Pasal gua bersalin la beb... Sorry lama tak update, dari tak mengandung sampai dah selamat bersalin pun, mood blogging aku tak muncul-muncul. So topik hari ni; cerita bersalin. Sila baca....

Last check up aku adalah pada 12 January 2013. Berat aku 70kg. Turun 2kg yeaaaaayyyyyyyyy!!  from the last check up sebab diserang cirit birit yang dasyat tahap mintak nyawa. Gila punya cirit birit... Doctor cakap aku dijangka beranak lagi 1 minggu, kalau ikut due date & kepala baby pun masih kat atas lagi katanya. Erk.... Aku dah tak nak kerja dah!! Seminggu rasa sebulan kot penyiksaan kat kilang tu.

Ibu mengandung: Hah!! Seminggu lagi?? Tapi saya dah tak larat la.. *mata ke atas*

Doctor: Hmmm... Meh saya check bukaan. Kadang2 dalam diam dah terbukak ni.. *hek eleh.......*

Ibu mengandung: Check bukaan?!!! *mampus la! dah start menyesal sebab bermulut celupar*

Doctor: Eh! dah bukak 4cm la!!

Ibu mengandung: Maksudnya apa? *buat2 bengap*

Doctor: Kalau nak masuk wad, dah boleh ni. Maybe esok malam atau paling lambat pun Isnin dah bersalin ni.

Ibu mengandung: Maksudnya... kalau saya tak nak duduk wad boleh la yer?

Doctor: Kalau dah tak nak, takkan saya nak paksa. Kalau sakit cepat2 datang yer. Tapi kalau sampai hari Isnin, tak sakit pun kena datang jugak.


Wah! cepat2 aku kemas baju yang terselak.. awww... dan blah dari bilik doctor tu. Macam tak sedia la pulak. Dilema... dilema... 

Lepas dari hospital tu, aku pegi lepak rumah kakak Addy. Lepak la sangat..... padahal aku baring jer dalam bilik sebab cirit birit. Ulang alik ke tandas jer la kerja aku seharian. Semua orang heran kenapa laa aku degil masih tak mau pegi hospital walaupun dah bukak 4cm. Sebab aku tak rasa contraction kot! Takde rasa apa pun lagi. Daripada aku sakit hati tengok tv tak Beyond bersemut-semut kat hospital tu, baik aku main2 dengan Aidan. Tiba-tiba rasa sedih nak menduakan Aidan. Seriously! Ini semua poyo!

Pagi ahad, 13 January 2013: masih lagik cirit birit. Gila!! Sambil layan toilet, aku pegi bilik stor selongkar baju2 baby yang masih tak berbasuh. Dasar pemalas! Almaklum la... dah anak nombor 2. Exited sudah kureeng. Masukkan baju dalam washing machine. Settle... Aidan pulak merengek mintak dukung. Alolo..... kesian the soon-to-be-abang-besar. So dukung Aidan turun naik tangga sambil menikmati sarapan.

Abang Ensem

Waktu tengah pilih baju, terasa macam ada cecair keluar. Aduh! Takkan tercirit kot. Tak senonoh sungguh. Zaaaassssss... berlari ke toilet. Tengok2 darah mengalir-ngalir. Pulak! Mandi cepat2. Mekap cepat2. Sempat ko pakai bedak segala... Hahaha... Yang lambat adalah suami saya si Addy tu. Boleh pulak nyanyi2 dalam toilet. Mak mentua aku pulak dah panik. Ambik kau!!! Sekali mak mentua aku jerit Addy suruh cepat, tak sempat2 nak carik baju terpaksa pakai baju semalam. hahaha.... Padan muka.

Nasib baik time tu dah 10.30am so dah lepas peak hour. Jalan raya pun smooth jer sampai Pusrawi. Yang tak smoothnya adalah muka aku. Dah start kerut2 sana sini. Contraction is happening babeh!On the way tu Addy call doctor siap2.

Ada darah keluar la.. Dia cakap macam sakit.

Macam sakit??!! *&^$#@!!!

Sampai hospital, parking dan bila nak turun kereta, aku rasa bontot macam kena gam dgn kerusi la pulak. Hehehe... Sebenarnya terasa something is about to come out already. Ker perasaan aku jer? So request mintak wheel chair. Jadi la aku Dewi Wheelcha pagi tu.

Terus masuk labour room, then nurse suruh bukak seluar kecik before naik katil bersalin. "Toilet mana?". Hahaha... Malu konon nya. Sekali nurse cakap "err... bukak jer la kat sini". "hmmmmm! jangan tengok boleh tak?". Hahaha... Sebenarnya aku malu bukan sebab seluar dalam aku buruk cantek okay tp sebab darah melimpah ruah kot time tu. Wheel chair pun berdarah jugak. Segan aiii... Addy pun malu time tu, terus dia buang seluar kecik cantik aku dalam tong sampah. Chittt!

Baring atas katil then nurse check bukaan kali pertama tapi tidak berjaya sebab tangan dia dah penuh dengan darah. Darah berketul-ketul. Tukar sarung tangan, sauk lagi..... . Lepas tu doctor pulak datang and sauk. 

"Dah bukak 9cm ni. Tapi kepala masih kat atas. Hmmm... Kalau nak teran teran jer la".

Lepas dapat green light doctor, aku pun teran. Time tu doctor tengah tukar sarung tangan. Kelam kabut beliau pakai sarung tangan sebab kepala baby dah muncul. Dua kali push dah selamaaaaaaaaaaaaaaaaat.... Lepas tu, proses biasa lah. Keluarkan uri then jahit. Berbeza dengan time Aidan dulu, kali ni aku adalah dalam mood redha. Buat la suka hati kau doctor weiii... Aku dah malas nak mengada-ngada. Addy kagum giler degann aku! 

Phew... within sejam (dari rumah) aku dah bersalin. So rasa sakit pun less than 1hour. Tak sempat aku nak pikir apa2 pun time tu. Tak sempat nak ber"what if.... what if.....". Semua nya berlaku cepat giler! Nak mengada mengada pun tak da masa. Nasib baik tak beranak dalam kereta.

Sophia was born at Pusrawi, 11.30am, 2.55kg and 50cm length. Alhamdulillah... Now she's a happy 2month old baby. Kurang mengada-ngada compare to Aidan dulu. Gambar kat FB pun kurang jugak. Hahaha.... Ok byeeeee! 

Piyot kesayangan. 


*background blur sebab ada harta karun bapak si Sophia*


Oh ya! I will never forget ayat Addy dalam kereta on the way to the hospital

"Eiiiiii! Buruknya muka!"

Bengong!



1 comment:

Anor@Nad said...

Congrats again Dewi dapat new baby.